KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Saturday 28 April 2012

Perjuangan....................

aku mungkin bukan orang yang layak untuk bercakap tentang perjuangan tetapi bagi aku setiap antara kita perlu berjuang. perjuangan yang bagaimana itu terletak pada hati kita. diri kita. kita memang tidak boleh memaksa orang lain untuk berjuang tetapi jangan pula kita menjadi pematah semangat ataupun penghalang kepada perjuangan orang lain. Sungguh. aku amat mengharapkan perjuangan setiap umat Islam diredhai ALLAH dan dipermudahkan setiap urusan dan langkah mereka. tidak dinafikan ujian, dugaan, halangan hatta kecaman seolah-olah tidak pernah jemu untuk bertamu dalam setiap perjuangan. jika tidak mempunyai jiwa yang kuat untuk berjuang, maka akan mudah ia rapuh dan hancur tetapi Umat Islam yang kental semangat juangnya pasti takkan menyerah kalah walau apa jua yang perlu dihadapnya kerana mereka yakin dengan janji ALLAH... memang untuk ungkapkan hatta untuk singkapkan kebenaran itu adakalanya pahit dan perit perlu dilalui namun Waquljaalhaqqu wazahaqol baatila innal baatila kana zahuqo... buat semua yang berjuang dalam menegakkan yang haq, doaku sentiasa mengiringi kalian. semoga semangat dan jiwa kalian tak mudah luntur... Wallahu'alam...

Perjuangan

Album :
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Selamat Hari Guru!
    Semoga dapat meneruskan perjuangan diri dan untuk anak2 didik. Kesemuanya dlm pengetahuan Allah SWT, walaupun kecil pengorbanannya tetapi ganjaran yang besar disisi Allah SWT, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam tajnur...

    dah lama saya tinggalkan kerjaya guru kerana saya sekadar guru ganti pada tahun 2008. apapun, terima kasih untuk ucapan. anak-anak murid yang pernah saya ajar pun dah masuk sekolah menengah. semoga semuanya sentiasa dalam rahmat ALLAH. memang kenangan menjadi seorang guru itu sangat indah walaupun berdepan dengan macam-macam...:)

    ReplyDelete