KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Sunday 19 February 2012

Pemandangan......



pemandangan yang indah mendamaikan. pemandangan yang cantik mengasyikkan. pemandangan yang menarik menenangkan... sesungguhnya, pencipta kepada setiap pemandangan telah menciptakannya dengan penuh hikmah hingga kadangkala tak terjangkau dek akal manusia bahawa pemandangan seperti ini akan wujud....:)

Aku juga memerlukannya........



setiap manusia dalam dunia ini perlukan cinta. perlukan kasihsayang. perlukan perhatian. perlukan pasangan. perlukan teman. perlukan ikatan yang membawa kepada pembinaan sebuah Keluarga. tiada manusia yang impikan kemusnahan. tiada manusia yang inginkan perpisahan. tiada manusia yang mengharapkan kehancuran.... manusia saling memerlukan dan kerana itu Allah jadikan manusia itu bersaudara. berukhwah. bermahabbah... namun, seringkali juga apa yang kita perlukan tidak terus kita dapatkan apatah lagi utk kita jadikan milik kita....aku juga perlukan apa yang manusia lain perlukan tetapi aku yakin Allah akan izinkan apabila tiba masanya nanti. walaupun pelbagai persoalan sering diajukan namun aku tetap yakin belum masanya lagi... mungkin ada benarnya telahan dan sangkaan yang dibuat oleh orang-orang di sekelilingku tetapi bagiku mereka berhak untuk buat penilaian mereka. kesimpulan mereka kerana mereka juga manusia yang dikurniakan akal dan nafsu. namun, aku tidak perlu terburu-buru mengiyakan atau menidakkan kerana hati ini selalu memohon agar diberikan kekuatan olehMu Ya ALLAH.. selalu memohon petunjuk dariMU... Ya! terlalu banyak permintaanku. terlalu banyak impianku. terlalu banyak aduanku kepadaNya namun aku yakin hanya DIA yang selayaknya aku bersujud. aku adukan segalanya. dan aku mohon segalanya. hanya DIA... ALLAH swt.... Ya ALLAH... bimbing dan pimpinlah aku agar aku bisa  meneruskan langkah-langkah dalam menghadapi liku-liku sebuah kehidupan.... dan hanya keranaMu, kepadaMu aku meletakkan seluruh pergantungan hidupku... tiada yang lain melainkan Engkau Yang Maha Esa...

Friday 17 February 2012

coretan sekilas lalu......

Terlelap seketika di depan PC di ofis usai azan asar... Adakah aku terlalu letih? mungkin juga Ya. rutin harian aku putrajaya ke Mahkamah Jalan Duta kemudian patah balik semula ke Putrajaya. Seawal jam 4.45 pagi mmg dah jadi kebiasaan utk aku istaiqiz minnaum...:) Perjalananku dari rumah menuju ke Putrajaya Sentral mengambil masa hampir 20 minit kerana aku berjalan kaki setiap hari untuk menaiki bas or erl di situ... kawanku berkata “ banyak duit hani naik erl setiap hari..” jawabku “bukan soal banyak duit tapi soal nak tunaikan solat n juga faktor keselamatan.” Kebelakangan ini aku kerap menaiki erl kerana Subuh masuk waktu agak lewat. 6.10 am baru azan subuh berkumandang di Ikim.fm manakala azan dari surau dan masjid adakalanya terlewat sedikit berkumandang. Mungkin jarum jam yg terlewat ataupun bilal ada hal or keuzuran yg tidak dapat dielakkan sehingga terlewat melaungkan azan.. memang aku agak rushing before this coz bas RapidKl akan bergerak dari putrajaya sentral jam 6.00 pagi dan 6.30 pagi. Itulah trip yg terawal dan perlu aku naik if aku nak sampai ofis before 8 am. Jika aku pentingkan bas dan penjimatan kos serta masa, maka subuhku akan lebur ibarat debu... Sudah ramai yg aku temui “lebih rela” qada' solat subuh gara2 tak nak terlepas bas... walaupun aku x cukup baik tapi aku x jahat. Kepentingan menunaikan solat telah diajar dan diterapkan oleh parent aku sejak aku kecil lg. Walaupun aku lasak dan nakal sejak kecil kerana aku ada 5 adik lelaki dan berkawan juga dgn budak lelaki, aku sgt2 bersyukur kerana telah diperkenalkan dgn rotan sejak berusia 10 tahun sbg hukuman jika tidak solat. Memang abah sgt tegas bab solat. Dan aku selalu kena rotan gara2 tinggal solat sebab nak main dgn kawan2..hehe… mula2 mmg agak x puas hati bila kena rotan tapi bila abah ckp “ abah rotan bukan utk menyakitkan anak2 abah. Abah rotan kerana dalam Islam benarkan sebagai pengajaran dan peringatan apabila anak berusia 10 tahun. Solat ni Allah yg tetapkan. Kita umat nabi Muhammad wajib solat. Kalau kita x solat, kita nak jadi umat nabi mana lagi? “ dan bila abah nak rotan abah akan tanya tapak tgn, betis or tapak kaki. Aku yg lasak ni konpem pilih tapak kaki…^_~ tapi bila abah nak rotan abah akan baca selawat dan rotan ikut bilangan rakaat solat yg ditinggalkan… lepas rotan, kena salam dgn abah n abah akan cium dahi… memang ada perasaan sayu sangat bila abah cium dahi. Dan mmg aku akn menangis janji x nak tinggal solat dah. X nak ma dgn abah masuk neraka. X nak ma dgn abah kena seksa dlm kubur. X nak semua tu….:( tapi yelah… budak2.. insaf 8 saat je. Pastu buat balik…huhu… Sehinggalah aku dihantar ke SMKA Pahang Muadzam Shah… kewajipan solat berjemaah, tadarus Al-Quran, Usrah, salin tazkirah dlm tulisan jawi dan byk lagi… semuanya telah banyak membantu aku dalam proses membaiki diri. Dan perubahan dalam kehidupanku mula berlaku sedikit demi sedikit dan sehinggalah aku diterima masuk ke Matrikulasi uia Pj dan seterusnya ke main camp Gombak. Dan hingga saat  kini aku masih dalam proses berubah… Lot of things happen in my life and until now I’m still in the process of improving me myself to be better mom… better daughter… better sister.. Better student… better worker… better friend… better wife (if Allah give me another chance to remarried) and the most important is to be a better slave to Allah… hopefully 1 day I can be a good muslimah n mukminah in order to get the blissfulness of life here and hereafter…insyaALLAH…^_^

Indahnya Persahabatan….

Seringkali kita bertemu orang baru dalam kehidupan kita lalu kita isytiharkan sebagai kawan. Dan perisytiharan itu akan terus bercambah dan berkembang sehigga membentuk sebuah Persahabatan.. Indahnya Ukhwah Fillah… ( I miss all my friends…. SK Sg Puteri , SMKA Pahang Muadzam Shah, Matrikulasi UIAM Petaling Jaya, UIAM Gombak, PLK Uitm Shah Alam…)

Ungkapan je....

A mother is someone who loves us so much that we sometimes can’t understand it.
A mother is someone who makes us realize how good we are there is no one better than us.
Her happiness is in our laughter.
 Her sorrow is in our sorrow.
She is someone we cannot live without.
She is everything…
Ungkapan indah ini dipetik dari filem Kuch Kuch Ho Ta Hai…
Memang kita semua memerlukan tempat berpaut. Tempat berlindung. Tempat untuk bersandar. Tempat untuk melepaskan keluh kesah. Tidak dinafikan “IBU” adalah orang yang membolehkan dirinya menjadi semua tempat itu. Namun, kita selalu terlupa untuk menjadi semua tempat itu apabila “IBU” kita kian tua dimamah usia. Kian rapuh dimamah penyakit. Kian jauh dipisahkan jarak……..


Thursday 16 February 2012

Apa Nak Tulis????

Lately, keinginan untuk menulis semakin bercambah dalam diri ini namun seringkali terfikir "apa yang aku nak tulis sebenarnya?" teringat zaman persekolahan dulu-dulu yakni ketika masih di sekolah rendah. zaman persekolahan yang menyimpan banyak suka duka, menyimpan banyak memori malah zaman persekolahan juga memperkenalkan subjek penulisan...:) memanglah pada zaman kanak-kanak penulisan itu satu perkara yang rasanya sangat susah nak dibuat apatah lagi nak disiapkan. yelah. nak fikir ayat lagi. nak fikir tatabahasa lagi. nak fikir mengarang ayat lagi dan paling penting bertepatan dengan tajuk ataupun terkeluar daripada tajuk ke tak karangan kita tu.....

masa zaman sekolah rendah dulu2, karangan paling femes ialah "Aku Sepasang Kasut". "Aku sebuah beg". "Aku sebatang pen" dan banyak lagi...walaupun tajuk karangan tu nampak macam mudah, macam boleh buat tergelak je tapi belum tentu kita mampu buat karangan yang baik menggunakan tajuk yang mudah tu kerana penjiwaan dalam penulisan itu yang penting dan inilah yang susah nak dibuat sebenarnya... dan kerana itu berlakunya karangan terkeluar daripada tajuk malah langsung x menepati tajuk... justeru itu, aku takkan putus asa untuk mulakan semula penulisan dan karangan yang dah sekian lama ditinggalkan.... insyaALLAH...:)

Tuesday 14 February 2012

Hidup yg dibatasi hukum amat indah......



Hidup yang disandari dan dibatasi Hukum yang telah ditetapkan Allah akan menjadi landasan buat mereka yang merindukan kesenangan dan kebahagiaan akhirat.... insyaAllah...

HARI KEKASIH???

usai solat maghrib, aku teruskan dengan kebiasaan yg menjadi amalan sedari kecil yakni membaca Al-Quran. sejak kecil abah begitu tegas tentang kewajipan menunaikan solat 5 waktu dan membaca Al-Quran. abah pernah ditanya oleh adikku anas masa kami masih riang ria kanak-kanak...:)
 " abah, nape setiap hari abah tanya dah solat? dah mengaji? abah tanyalah soalan lain pulak. dah makan ke? dah mandi ke? dah gi sekolah ke? " mudah dan ringkas je jawapan abah " solat itu berwaktu. waktu yg telah ditetapkan oleh ALLAH. tidak dapat tidak wajib ditunaikan dlm waktunya. ko x solat asar ko x boleh bawak solat tu dlm waktu maghrib. tapi kalau ko x makan pagi, ko blh bawak ke tengahhari. x mkn tengahhari ko blh bwk ke petang n begitulah seterusnya. abah tanya soalan tu sebab itu kewajipan abah sebagai ayah sebab di akhirat nanti abah akan disoal. " Dan itulah yg cuba aku terapkan pada 2 org puteriku sayang agar mereka menyedari dan memahami kewajipan tentang Solat dan Al-Quran sedari kecil walaupun kami berjauhan... insyaAllah...

Kebiasaan akan menjadi amalan.... Sambutan akan menjadi perayaan.. Lalu, berita di Tv9 mlm ini menunjukkan laporan tentang Hari Kekasih atau lebih dikenali sbg Valentine's Day yg kebiasaannya disambut setiap tahun pada 14 february dan tarikh itu jatuhnya pada hari ini... Tinjauan Tv9 menunjukkan bahawa tiada sambutan besar-besaran diadakan seperti sebelumnya kerana Valentine's Day telah difatwakan HARAM sejak tahun 2005 lagi. Ini bermakna sudah 7 tahun fatwa pengharamannya dikuatkuasakan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sambutan Hari Kekasih ini bercanggah dengan ajaran Islam malah tidak pernah ada perayaan yg lebih besar dlm Islam melainkan 2 perayaan yg telah wujud dlm Islam yakni Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha...

Justeru itu, apakah hari kekasih itu perlu diperingati lagi setelah Fatwa menyatakan ia HARAM. Apakah tidak moden jika menolak sambutan ini? Apakah hanya pada hari kekasih sahaja kasihsayang itu perlu dipamerkan? perlu dizahirkan? perlu diluahkan? dan persoalannya siapakah yang layak digelar Kekasih? muhasabah diri tanyalah hati..... ilal liqo'..


AMONG THE ISLAMIC & TRUE LEADERS...




Monday 13 February 2012

Senyum....:)


seringkali kita terfikir bagaimana untuk membuatkan orang lain tersenyum tetapi kita seringkali tidak terfikir bagaimana untuk mengekalkan senyuman kita. "Senyum itu Sedekah"... Ya! itulah indahnya Islam kerana mengiktiraf senyuman tetapi berapa ramaikah antara kita yang benar-benar mendalami erti ungkapan "Senyum itu Sedekah"...

Keluargaku permata hatiku.....

keluarga itu ibarat sebuah binaan yang dibina dasarnya dengan sebuah ikatan yang dinamakan pernikahan... ia berkembang dengan lahirnya cinta hati yang dinamakan zuriat lalu membentuk sebuah binaan yang dinamakan KELUARGA...