KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Wednesday 4 April 2012

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang

yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu

berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak

bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan

Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa

memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik

Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."



Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan

wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."

Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di

samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.

Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan

mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan

berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu

untuk disimpan."



Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh

suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu

dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah

S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan

menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.



Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala

perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula

mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia

hendak memulakan sesuatu kerja.



Justeru itu, jangan terlalu mudah memperlekehkan kalimah ALLAH apatah lagi orang-orang yang beramal dan meyakininya kerana kuasa ALLAH mengatasi segalanya….

No comments:

Post a Comment