KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Thursday 17 May 2012

UJIAN.....

Pujian meletup tanpa pembuka,
Merana Badang kerana terasa,
Ujian hidup bukan dijangka,
Kerana datang tak tentu masa…

Ujian hidup ini datang dalam pelbagai bentuk. Datang tak kira masa. Datang tak kira tempat duduknya kita. Justeru itu, bersedia atau tidak kita tetap kena hadap ujian itu. Tetap kena berdepan dengan ujian itu. Tetap kena lepasi ujian itu. Cakap memang senang tapi bagaimana? Apa caranya? Jawapan untuk semua itu sebenarnya terletak pada hati kita. Pada diri kita. Bukan pada orang lain. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita diuji jangan mengeluh kerana beratnya ujian tapi motivasikan diri betapa untungnya diri kerana diuji… sebab ujian akan mengajar kita banyak erti terutamanya erti kehidupan… Wallahu’alam…..

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Hidup ini merupakan ujian dan perjuangan. Surah AlMulk:2 الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚDia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.
    Ukuran bagi mereka yang terbaik amalannya adalah dgn mengikut AlQuran sebaik2 penafsiran dan petunjuk jalan. Surah AlFurqan:33 وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرً‌ا Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).

    Semakin meningkat usia kita, maka semakin bertambahlah ujian kitasejajr dgn keupayaan dan takdir kita. Allah SWT yang menciptakan kita, maka Dia Maha Mengetahui akan ukuran kadar kemampuan kita menghadapi ujian tersebut! Cuma kita perlu belajar bagaimana menghadapinya. Surah AlQamar:49 إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ‌ Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
    Dalam usis kita sebegini, apabila kita tidak dapat `synchronise` AlQuran dgn kehidupan seharian, adalah amat menggerunkan krn kita tidak mempunyai alasan lagi. Surah AlQiyammah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَ‌ةٌ Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,﴿١٤﴾ وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَ‌هُ Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazilan... barakallahufik... ya. memang betul apa yang dikatakan. ujian bertambah sejajar dengan kemampuan kita kerana ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. "La yukallifullahunafsan illa wus'aha.."

      Delete