KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Tuesday 20 March 2012

setiap insan juga perindu...


RINDU (HIJJAZ)

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu


Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan


Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya


Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia


Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera


Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya


Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan


setiap yang bergelar manusia pasti punyai perasaan rindu. Merindui, dirindui adalah unik kerana ia terhasil dari tautan hati. walapun rindu itu subjektif, ianya perasaan yang lahir dari hati. perasaan yang lahir dari jiwa. perasaan yang dipunyai oleh insan yang bernafas di muka bumi ALLAH ini. tidak kiralah siapa pun insan itu, mustahil jika dalam dirinya tiada sekelumit perasaan rindu kerana fitrahnya manusia itu akan didatangi rasa rindu. ada yang menyatakan rindu itu bertempat. ada yang menyatakan rindu hanya pada yang berhak. ada yang menyatakan rindu tiada batas dan berbagai lagi. walau apapun pengertian dan takrifan rindu menurut setiap insan, mereka tetap akan akui bahawa perasaan rindu wujud dalam diri mereka...dan tiada siapapun di dunia berhak menghakimi perasaan rindu yang dipunyai oleh setiap hamba ALLAH yang bergelar Manusia.... Wallahu'alam...



KERANA SEHELAI BULU MATA…..

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “ Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tidak pernah melakukan perkara itu…”
“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “ mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”
Jawab malaikat, “ Inilah saksi-saksimu…..”
Tiba-tiba mata berbicara, “ Saya yang memandang,”
disusuli dengan telinga, “ Saya yang mendengar perkara itu”
 Hidung pun tidak ketinggalan, “ Saya yang mencium”
Bibir pun mengaku dengan slumbernya, “ Saya yang merayu”
Lidah menambah dengan berani, “ Saya yang menjilat dan menghisap”
Tangan tanpa malu meneruskan, “ Saya yang meraba dan meramas”
Kaki pula menyusul, “ Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”
“Nah! Kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia amat berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, “ Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “ Silakan wahai bulu mata”
“ Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada suatu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian airmata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAKA, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga : “ Liahtlah hamba ALLAH ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”
Pengajaran Yang Boleh Diambil……
Walau Sebesar Mana Pun Kesilapan, Kesalahan Mahupun Dosa Yang Telah Dilakukan, Apabila Ada Kesedaran Dan Keinsafan, Bertaubatlah Dengan Sepenuh Hati. Maka ALLAH Akan Memberi Keampunan Pada Orang-Orang Yang Bertaubat…

Sunday 18 March 2012

SEJAUHMANAKAH....

start your day with smile...^_^... let bygone be bygone.. never turn back once you already move forward. life is not easy but not also too hard. it depends to us how we create our life. even though we cannot be the perfect man in this world, we also have chance to be better man... kehidupan yang kita lalui adakalanya menggembirakan. menceriakan. jua mendamaikan. ada masanya juga kehidupan itu seolah-olah memeritkan. memedihkan malah kita rasa seperti menyusahkan. pernah ditanya oleh seorang sahabat " adakah kehidupan ini yang kejam atau manusia itu yang kejam?" jawapanku mudah sahaja. kehidupan tidak pernah kejam apatah lagi zalim TETAPI manusia yang sering bertindak kejam dan menzalimi diri sendiri, orang lain dan jua apa yang dinamakan kehidupan. kita sering mengeluh menyatakan kenapalah hidup ni selalu menyusahkan ataupun kenapalah hidup selalu menyedihkan ataupun kenapalah hidup ni selalu memeritkan. memang jika disusun atur ayat dan pertanyaan dengan menggunakan Kenapa, memang 10 kertas kajang pun boleh abis...:) kita memang suka bertanya dan jua suka mempersoalkan tetapi sejauhmana kita muhasabah? sejauhmana kita ambil tindakan? sejauhmana kita bangun untuk gerakkan perubahan dan yang paling penting sejauhmana kita sedar silap dan salah kita dalam mengatur dan meniti kehidupan. kita sangat senang malah berbangga untuk menunding jari menyalahkan orang lain malah tanpa segan silunya kita ini menyalahkan Pencipta kita Yang Maha ESA. dengan angkuh dan sombong kita menyatakan DIA Tidak Adil kepada kita tetapi adakah kita sendiri telah berlaku Adil padaNYA????? tanya hati muhasabah diri bentuklah peribadi. jangan menyombong diri kerana kelak kita yang rugi.... Wallahu'alam...

Friday 16 March 2012

PERMATA HATIKU...^_^



PERMATA AYAH BONDA (FIRDAUS) 

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

C/O
Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda

Engkaulah permata ayah bonda....





dari kiri belakang (adik-adikku) - Sabariah, Anas, Ainuddin, Amir, Adam, Amin, Hidayah .
dari kiri depan - Hani (aku), Ruqayyah, Mashudi (abah), Hasemah (ma), Robihah, Siti Zubaidah (adik ipar), A'isyah Humairah (anak saudara)


KELUARGA BAHAGIA (NOWSEEHEART)
Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita

Rentaslah seribu laut (serta)
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta 2X
Keluarga

Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu

Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah
Ke jalan Allah.....

Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....


Thursday 15 March 2012

Pinjam Buku...:)

first time pinjam buku kat library mahkamah. honestly, previously aku bukanlah orang yang rajin pinjam buku2 law kat library especially masa jadi full time student kat Uia Gombak but sejak sambung blaja secara PLK (Blended Learning) di Uitm shah alam ni, aku belajar untuk berubah. belajar untuk change tabiat study last minit kepada study awal sket. blaja utk change habit x suka membaca buku2 law kepada suka membaca n plg penting berjaya  ubah habit hafal tanpa faham....:) dulu2 aku selalu terfikir n bercakap dalam hati bila tengok orang2 membaca especially in bus or train. but, when it comes to me, then baru aku tau perasaan sebenar membaca di saat menunggu or dalam bas @ train @ erl... Subhanallah... memang lain perasaannya membaca dalam keadaan begitu. dan, adakala lebih mudah faham n ingat apa yang dibaca coz x mengantuk bila membaca dalam keadaan camtu...hehe... cuma, buku2 law memang majornya in english. so, bila aku membaca memang Pen Merah tu macam wajib ada coz aku mmg akan conteng kat notes or buku apa yg aku faham n x faham.... (teringat zaman jadi guru ganti 2008... pen merah tu sgt2 la penting..hehe)

bila ingin menulis........

menulis biarlah dari hati... itu pesanan seorang sahabatku. kerana penulisan yg tidak datang dari hati ia akan jadi lesu. seolah-olah penulisan itu tak berjiwa. entahlah... aku bukanlah penulis seperti mereka-mereka yang hebat di luar sana. aku sekadar mengikuti perkembangan dunia penulisan sekadar mampuku. memang menulis mampu rungkaikan banyak isi hati kita tanpa kita sedar tetapi sejauhmana pemahaman orang akan sama dengan apa yang kita tuliskan, itu memang tidak dapat kita pastikan. memang ada pepatah menyatakan mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. boleh jadi juga kerana sejarah telah membuktikan penulisan mampu membangkitkan semangat juang. mampu membangunkan yang tidur. mampu menggerakkan yang lesu. mampu memotivasikan yang tenggelam malah mampu menyedarkan yang tersasar. Subhanallah... besarnya peranan penulisan itu dan, dunia hari ini juga tidak sunyi daripada penulisan-penulisan terkini yang mempunyai gayanya tersendiri. pernah aku diminta oleh seorang sahabat semasa matrikulasi uia agar menulis semula kerana dia pernah membaca nukilan2 yg telah aku nukilkan dalam sebuah buku tulis yg dah agak lusuh. aku hanya tergelak mendengar cadangannya. bukan memperlekehkan tetapi aku tau aku x mampu utk menjadi penulis yg baik kerana aku bukan org yg berbakat apatah lagi berjiwa dalam penulisan. dan, buku itu pun dah hilang tatkala sibuk mengemas utk pulang bercuti setelah tamat pengajian di matrikulasi uiam.... maka, tamatlah juga segala nukilan yang pernah aku buat suatu masa dahulu....:)

Tuesday 13 March 2012

sekadar coretan seketika.....

Lirik Ya Allah – Wali Band
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Di saat aku down n susah hati, seorang sahabat lama telah emailkan aku lagu ini. Dan aku memang salah seorang peminat wali band walupun aku bukanlah peminat fanatic like the others. Kadang2 kita manusia diuji dalam pelbagai bentuk ujian yang kadangkala kita mampu untuk hadapinya tapi adakalanya kita hampir2 terduduk malah boleh rebah juga tatkala ujian datang bertamu dalam kehidupan kita. Memang hidup ini fatamorgana (something which we cannot expect to happen). Tak aku nafikan setiap manusia punya impian. Punya pengharapan. Punya keinginan. Punya perancangan dan sebagainya. Memang kita berhak merancang dan mengatur perjalanan kehidupan kita tetapi belum tentu perancangan kita akan selari dan menepati perancangan yang Maha Esa. Kerana itu “ wamakaru wamakarallah wallahukhoirulmaakirin….” . namun, kekuatan hati menjadi tunjang utama untuk berdepan dengan setiap ujian dan dugaan yang diizinkan oleh Allah ke dalam kehidupan kita yang bergelar hambaNya yang serba kekurangan ini. Hati itu mungkin x nampak kerana letaknya di dalam badan kita sebagai organ yang unik dan jika hati itu baik, maka akan baiklah keseluruhannya. Oleh itu, Hasbiyallahiwani’malwakil fani’malmaula wani’mannasir merupakan kalimah indah yang pasti menusuk kalbu bagi sesiapa jua yang menghayatinya. Dan indahnya ungkapan itu akan kekal indah di hati manusia yang benar2 meletakkan seluruh pergantungan hidupnya kepada pencipta yang maha Esa. Semasa menjadi peserta syarahan agama zaman sekolah menengah agama dulu2, satu ayat yang cikgu pernah bagitau aku “ man ‘arafa nafsahu faqod ‘arafa rabbahu ”… barangsiapa yang mengenali dirinya pasti dia akan mengenali tuhannya… Wallahu’alam…..

TARIKH SEMINAR / KULIAH SEMESTER MAC 2012 – JULAI 2012



SEMINAR
e-PJJ
PLK
(Blended)
PPG
Sesi 1   Sesi 2
Seminar 1
25/03/2012
01/04/2012
25/03/2012
24/03/2012
Seminar 2
08/04/2012
15/04/2012
08/04/2012
14/04/2012
Seminar 3
22/04/2012
06/05/2012
22/04/2012
05/05/2012
Seminar 4
20/05/2012
27/05/2012
06/05/2012
26/05/2012
Seminar 5
03/06/2012
10/06/2012
20/05/2012
09/06/2012
Seminar 6
03/06/2012
Seminar 7
17/06/2012
Kelas ganti/Tambahan
      16 & 17/06/2012
(Tidak melibatkan pembayaran pensyarah)


















          
                                   PLK Lama akan bermula kuliah pada : 12 Mac 2012

           1)    Pendaftaran Kursus
     a. Pelajar Baru : 20 Feb – 26 Mac 2012
     b. Pelajar Lama : 27 Feb – 26 Mac 2012

          2)   Syarahan Sepenuh Masa bermula : 05 Mac 2012

          3)   Cuti Pertengahan Semester UiTM : 21 – 29 April 2012

     4)  Peperiksaan Akhir Jun 2012 : 25 Jun – 15 Julai 2012


           4)   Cuti Umum
     a. Hari Pekerja : 01 Mei 2012 (Selasa)
     b. Hari Wesak : 05 Mei 2012 (Sabtu)
     c. Hari Keputeraan Agong : 02 Jun 2012 (Sabtu)
     d. Cuti Sekolah : 10 Mac – 18 Mac 2012
                 : 26 Mei – 10 Jun 2012

          5)   Cuti Umum Negeri
     a. Hari Keputeraan Sultan Terengganu : 04 Mac 2012 (Ahad)
     b. Good Friday (Sabah & Sarawak) : 06 April 2012 (Jumaat)
     c. Melaka Bandar Bersejarah : 15 April 2012 (Ahad) *
     d. Hari Keputeraan Sultan Perak : 19 April 2012 (Khamis)
     e. Hari Hol Pahang : 07 Mei 2012 (Isnin)
     f. Hari Keputeraan Sultan Perlis : 17 Mei 2012 (Khamis)
     g. Harvest Festival (Sabah) : 30 - 31 Mei 2012(Rabu -Khamis)
     h. Hari Gawai (Sarawak) : 01 - 02 Jun 2012(Jumaat - Sabtu)
     i. Israk & mikraj (Kedah/N.Sembilan/Perlis) : 17 Jun 2012 (Ahad)
               (*Cuti akan bersambung hari isnin)

Sunday 11 March 2012

PUTERIKU SAYANG....^_^


PUTERIKU SAYANG...


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


( dedikasi buat anak-anakku sayang....SITI ROBIHAH & SITI RUQAYYAH HAYATI)

GILIRAN....:)

dalam kehidupan harian kita, sistem giliran sudah tidak asing lagi. boleh dikatakan hampir semua tempat menggunakan sistem giliran dan sistem nombor. semuanya dipraktikkan untuk memudahkan lagi urusan-urusan yang sedia ada. justeru itu, sistem giliran balik kampung juga diamalkan dalam keluargaku. abah menggunakan sistem giliran ini apabila tiba musim raya. ini kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang besar dan kedua ibubapaku bukanlah dari negeri yang sama. abah berasal dari Chenderong balai, Perak manakala ma berasal dari Bukit Kecil, Kuala Terengganu. maka di sini, berlaku pertembungan diantara utara dan timur...:) setiap tahun kami akn bergilir untuk balik beraya di kampung kerana jarak setiap kampungku memang jauh memandangkan kami menetap di kuala rompin, pahang. keluarga di sebelah perak majoritinya jawa. so, kemeriahan raya slalunya terletak pada konsep "baraan" yang telah lama diamalkan. manakala di sebelah terengganu pula, kemeriahan raya itu terletak apabila kunjungan sanak saudara datang secara serentak sehingga memenuhi segenap ruang rumah atokku...:) aku memang bertuah kerana percampuran adat dan budaya banyak mengajarku cara untuk berkomunikasi walaupun aku tak reti berbahasa jawa sebagaimana sanak saudaraku di perak dan aku juga x reti bahasa india kerana sanak saudaraku di terengganu ada yang pandai berbahasa india memandangkan kami adalah keluarga campuran... sebut tentang campuran, memang ramai yang bertanya adakah aku punya apa2 darah campuran coz muka kami 9 beradik memang x sama....hehe... yup! sebelah abah aku, arwah embah lanangku (datuk lelaki) berketurunan jawa+cina manakala sebelah embah wedokku (nenek perempuan) berketurunan jawa+arab. sebelah ma aku, datukku berketurunan melayu+siam manakala nenekku berketurunan india+melayu.. seorang kawanku pernah berkata "wah! family 1 asia dah ni...:)" tergelak jap aku...... ^_^ so, tahun ni giliran beraya adalah di Perak. anak-anakku memang hepi coz dua pupu mereka sgt ramai n sudah pasti kemeriahan itu akan dirasai nt....insyaAllah.....

Friday 9 March 2012

Apa ertinya???

Ramai yang bertanya padaku apa maksud ROBHUNHAYATI. Kenapa aku selalu gunakan ROBHUNHAYATI utk banyak perkara especially bila nak setting username either utk pc kerja, laptop sendiri, blog n etc… Jawapannya :
ROBHUNHAYATI dalah gabungan nama anak sulung dan keduaku. Anak sulungku bernama Siti Robihah. Kata dasarnya Robhun yang bermaksud untung / keuntungan. Malah dalam 1 ayat Quran juga ada menyebut “fama robihattijaratuhum……..”. manakala anak keduaku bernama Siti Ruqayyah Hayati. Lalu aku ambil nama belakangnya yakni Hayati yang bermaksud hidupku / kehidupanku. Lalu, aku gabung jalinkan nama anak2ku ini sehingga membentuk ROBHUNHAYATI yang bermaksud keuntungan hidupku. Apakah keuntungannya??? Terlalu banyak sebenarnya kerana keuntungan yang aku maksudkan bukanlah keuntungan lahiriah  or keuntungan duniawi yang berbentuk kekayaan, harta benda or pangkat. Ini kerana keuntungan begitu hanyalah keuntungan yg bersifat sementara dan tidak kekal. Justeru itu, untuk aku huraikan “keuntungan” itu dengan terlalu mendalam, mungkin belum masanya kerana masih terlalu jauh perjalananku. Masih terlalu banyak yang sedang, perlu dan akan aku tempuhi. namun aku bersyukur kerana aku adalah orang2 yang beruntung sebenarnya kerana dikurniakan ALLAH swt banyak perkara yang adakalanya aku rasakan ianya ujian dan kepahitan tetapi aku telah tersalah. Rupa-rupanya ia adalah rahmat, kemanisan dan kasihsayang ALLAH buatku… Subhanallah… nyaris2 aku terkeliru dalam membuat penilaian sedangkan aku menyatakan seluruh pergantungan hidupku hanyalah padaMU….Ya ALLAH… aku amat merinduiMU…amat menyayangiMU… amat  mencintaiMU… Moga aku diizinkan menjadi hambaMU yang solehah… Yang mampu menjalankan amanah dan tanggungjawabku dengan sebaik mungkin tanpa meragukan setiap ketetapanMU…. “ Qul Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati Lillahirabbil’alamin….”  Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim…Jadikanlah kehidupanku  satu kehidupan yang beruntung di dunia hingga akhirat….amin…

Wednesday 7 March 2012

I NEED…………..





When there are many things happen around, I’m feeling that I’m lost of the spirit for awhile… don’t know why…. try to cheer it up but it stills the same…. People keep claiming that I’m choosy and still put myself in the trauma for what had happen… YA ALLAH……. I do need YOU... I do need my daughters… my family… my friends…  and also I do need someone as my Imam… someone that can lead me to be more closer to YOU….


Tuesday 6 March 2012

sekadar coretan.....

10 hari bersama anak-anak ketika mereka sakit memberikan kesan yang mendalam kepada aku. Kedua-dua mereka perlukan perhatian daripada ibu mereka. Sungguh aku langsung x kesal walaupun terpaksa berjaga malam tatkala badan mereka panas dan perlu mengelapnya untuk menurunkn suhu mereka. Walaupun terpaksa mengelap dan bersihkan baju, bantal dan tilam bila mereka batuk hingga muntah dan sebagainya. Sebagai ibu, sudah tentu aku memang nak sangat menguruskan segala  keperluan mereka dengan tangan aku sendiri tapi apakan daya aku terpaksa “transfer” tanggungjawab itu kepada ma abah aku untuk seketika  kerana tuntutan tugas yang memerlukan aku berjauhan dari anak-anak aku. Ya. Untuk mencari rezeki yang Halal serta untuk membesarkan kedua-dua anakku yang amat aku sayangi… Tidak aku nafikan aku “JELES” dan “CEMBURU” pada ibu-ibu yang dapat menjadi IBU SEPENUH MASA kepada anak-anak. Ya ALLAH…. Beruntungnya wanita-wanita itu kerana dapat mengasuh, mendidik, membelai, menjaga dan segalanya tentang anak-anak mereka… Sesungguhnya melihat anak-anak membesar di depan mata adalah moment yang tidak mungkin dapat diputar kembali mahupun dibeli… ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM…………. Berkatilah dan Rahmatilah seluruh Umat Islam dan KAU tempatkanlah semua wanita yang bergelar IBU di tempat yang terbaik di sisiMU…. Amin….