KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Sunday 22 July 2012

Baraan di hari raya....^_^


tahun ini insyaAllah tiada aral kami sekeluarga akan beraya di kampung abah yang terletak di Tali Air 6, Chenderong Balai, Perak. satu aktiviti yang amat disukai oleh adik2 lelaki aku bila balik beraya di Perak ialah join Baraan. aku pun tak tahu the exact meaning of Baraan walaupun aku mix jawa sebab abah never speak jawa with us...hehe... baraan biasanya akan bermula selesai sahaja solat sunat aidilfitri. rombongan baraan akan start berjalan dari masjid or surau. dan mereka akan beraya hampir satu kampung. ada yang berjalan kaki, ada yang naik motor dan ada juga yang berkereta. walau apapun kenderaan yang mereka gunakan, mereka datang secara berkumpulan. dan memang riuh rendah rumah di pagi raya apabila dikunjungi baraan. mereka akan terus beraya dan berziarah dan berhenti time solat. kemudian sambung lagi hinggalah ke petang. memang raya pertama di Perak, kami yang perempuan biasanya dok rumah n terima tetamu. raya ke 2 baru start beraya...:) so, bagi aku baraan ni bagus especially dalam mengeratkan silaturrahim dan konsep ziarah dari rumah ke rumah memang membawa berkat. dan kanak2 adalah yang paling gembira apabila dapat join baraan ini sebab selain dapat makan dapat juga duit raya...^_^ and this year i have to prepare at least 50 sampul duit raya untuk kanak2 yang join baraan coz masa tahun 2010, 46 sampul abis untuk kanak2 yang join baraan. tu pun ada yang aku dan adik2 terlepas pandang....sorry ye...













kisah sebelum Ramadhan....^_^



Saat yang paling menyeronokkan dalam hidup aku ialah saat family datang ke rumah… biasanya aku sorang-sorang kat rumah. Bila ma abah, anak-anak, adik2 nak datang memang teruja tahap gaban r dibuatnya. Tambahan pula adik yang dah kahwin dating adik ipar n anak sedara aku. Memang meriahla rumahku yang sebelum ni tak berapa nak meriah…hehe…

Nak dijadikan kisah, pagi tu (sabtu, 14.7.2012) selepas sarapan beramai-ramai di kedai mamak Darussalam, putrajaya, aku pun ajaklah anak yang 2nd untuk buang sampah. “ati, jom ikut ibu buang sampah.” “ibu, kita naik motor kan?” “taklah. Jalan kaki je…” “ala ibu ni, tadi janji nak bawak ati naik motor. Malasla kawan dengan ibu…” mak aih… x pasal-pasal x nak kawan dengan ibu sebab nak naik motor..ish ish… memang bertuah anakku ini…^_^… “ye la ye la…kita naik motor. Jom ikut ibu. Kakak, kakak nak ikut ibu x gi buang sampah?” si kakak menjawab “x nak la ibu. Hahah nak baca buku ni”…ye! Memang anak sulungku suka membaca, rajin membaca dan tak jemu kot membaca…Alhamdulillah…. Ibarat senikata lagu andrian dan fifi masa aku kecik2 dulu…. Membaca mari membaca… Tanamkanlah minat suka membaca…..

Selesai buang sampah aku pun bawaklah ruqayyah anakku yang 2nd pusing2 kawasan perumahan penjawat awam Fasa 8, present 9, putrajaya. Dan sememangnya anakku itu aktif, lasak dan berani. Dan juga panjang akal…(ibarat kata tok ma dan tok abah serta pakcik makciknya…) tengah aku bawak motor dia nak berdiri. Memang x leh blah r. aku ni bukannya gaban yang bawak belalang tempur. Sekadar bawak Honda ex 5 je kot…ish ish… x rock tol…

Sampai je kat parking basement, aku free gear tapi sangkut la pulak. As usual, aku akan turun n tongkat motor dan free gear. But, on that day, aku terbuat apa yang aku dah biasa buat. Aku pesan kat anak aku, “ati dok diam2 tau. Jangan usik apa2. Ibu nak tongkat motor dulu.” Tup2, aku tongkat je motor, motor aku berjalan. Mau aku tak terkejut, terpinga dan x tergamam sebab aku berlari kejar motor tu. Anak aku dok pulas minyak lagi…. Mujurlah ALLAH nak tolong aku dan anak aku. Pintu yang menuju ke ruang lif tertutup sebelah. Kebiasannya both door akan open. Dan motor tu tersangkut kat pint utu. Aku pun cakaplah “lepas tangan ati tu. Jangan pulas minyak tu” tapi anak aku x berapa nak faham kot. Dipulasnya minyak tu. Mau tak mengaum motor tu. Dahla tersangkut…. Mujurlah aku tak panik sampai pitam… aku tepis tangan anak aku dan jatuhkan motor kea rah kaki aku. Masa tu aku dah tak kisah r if motor tu jatuh berderai kea pa. yang penting anak aku selamat dulu. Motor jatuh je aku tolak anak aku turun dari motor. Memang dia terbaring r sebab kaki aku kat bawah motor. Aku ikhtiar kuarkan kaki dari bawah motor n gi kat anak aku. 1st thing yang aku buat aku peluk dia dulu. Gosok kepala dia walaupun aku ada juga cakap sket2 kat dia “ kan ibu dah pesan jangan usik apa2… ati luka x? meh ibu tengok..sakit tak?” dia memang menangis dengan sepenuh jiwa raganya lah… sebabnya dia takut kena marah. Aku tau bila dia cakap “ ati tak sengaja nak pulas minyak tu. Ati ingat ibu nak tinggal ati sebab ibu turun dulu”… masyaAllah…tersentuh hati aku sebab seorang anak rupanya sangat dekat dengan ibunya dan sangat memerlukan ibunya. Tambahan pula aku berjauhan dengan anak2 aku kerana tuntutan kerjaya dan belajar. Lagilah aku terasa. Memang aku peluk anak aku. Aku cakap “ ibu bukan nak tinggal ati. Ibu Cuma nak tongkat motor sebab gear tak berapa ok. Ibu minta maaf ye ati”… lepas dah angkat motor n parking motor, aku bawak dia naik ke rumah. Bila masuk rumah memang ma abah, adik2 n anak sulungku terkejut tengok seluar jeans n sarung kaki aku penuh dengan minyak motor. Memang bertompokla minyak hitam kat jeans aku. Namun, aku bersyukur ALLAH gerakkan hati aku untuk pakai jeans masa nak gi sarapan tu. Mulanya anak2 aku suruh pakai baju kurung tapi aku cakapla “x rock r pakai baju kurung. Nanti ibu kena jadi sopan…” dan memang tak rock r ayat itu aku ucapkan pada anak2 aku hingga anak sulungku berkata “ibu ni asyik rock je….” Hehe…. Aku x dapat bayangkan if aku pakai baju kurung… mesti dah terselak hingga menampakkan aurat dan mesti akan lebih teruk luka agaknya….

Bila dah masuk rumah n duduk kat ruang tamu, aku pun buka sarung kaki. Masa tu rasa pedih sket. Bila selak jeans sampai lutut memang luka dan lebam2… anak aku yang 2nd lagi la kuat menangisnya. Tambahan pula tok abah agak “membebel” padanya. Bila abah aku cakap “ ati tengok kaki ibu. Ati tak kesian ke kat ibu? Lain kali dengar cakap. Ati suka ke ibu kena macam tu?” abah rupanya provoke cucunya nak tengok apa cucunya nak jawab… “ati x sengaja. Ati terpulas je. Ati bukan nak buat ibu macam tu” teresak-esak anakku berkata. Aku peluk dia dan aku cakap “ xpe. Sikit je ni. Yang penting anak ibu x luka or lebam. Cuma lain kali ati jangan usik apa2 ye…”

Dan selasa (17.7.2012), aku telah ke Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya. mulanya doctor sangkakan aku jatuh motor tapi bila tau motor jatuh atas aku, doc pun geleng kepala...hehe...Hasil x-ray menunjukkan tiada retak Cuma tisu otot bengkak. Dan doc cakap paling kurang pun 2 minggu baru surut bengkak n lebam2… Alhamdulillah… aku tetap berkerja dan bawak motor dari rumah sampai ke putrajaya sentral walaupun kaki masih sakit. Sebab aku motivate diri aku “ini baru sikit ALLAH uji. Berlambak lagi orang yang luka dan sakit teruk dari aku. Paling kurang aku ada juga ubat. Orang susah tu belum tentu ada ubat apatah lagi nak ke klinik”.

Kebetulan sepanjang aku di awal sakit tu aku ABC ( ALLAH bagi cuti), x lah aku terkial-kial untuk tunaikan solat. So, moral of the story;
i-             Aku akan matikan enjin dulu if x leh nak free gear. Then baru aku free gear. sebab aku x nak dah lihat adegan budak 4 tahun bawak motor or adegan aku kejar motor...huhuhu
ii-            Aku lebih alert time nak bawak motor n parking motor
iii-          Aku x manjakan diri aku dan secara x langsung ia menginsafkan aku bila ingat orang yang lebih susah dan sakit dari aku.
iv-           Aku belajar solat secara berlunjur dan memang ia buat aku terharu sebab baru aku tau macammana perasaan orang-orang Istimewa yang ALLAH jadikan…dan sesungguhnya ISLAM itu indah dan sebenarnya tiada alasan untuk tinggalkan solat walau apapun keadaan kita....

Subhanallah…. Moga ALLAH ampunkan aku dan permudahkan segala urusan hidupku, keluargaku, guru2ku, sahabat2ku serta seluruh umat Islam….

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA… semoga RAMADHAN kali ini tidak sepi dan berlalu tanpa diisi…insyaAllah…. Ilal liqo’….

Saturday 7 July 2012

hujung minggu...

ada orang suka jalan-jalan di hujung minggu. ada oarang suka duduk rumah je di hujung minggu. jadi, persepsi setiap orang dan pengisian hujung minggu bagi setiap orang adalah berbeza. walaupun berbeza, kita kenalah hormat pada cara setiap orang. janganlah pula kita menjadi orang yang mempertikaikan cara setiap orang menghabiskan masa hujung minggunya...... sebabnya setiap orang ada perancangan dan cara perlaksanaan yang berbeza. kita sendiri apabila dipersoalkan atau dipertikaikan cara kita berdepan or menangani sesuatu, pasti akan wujud rasa tidak puas hati di hati kecil kita... justeru itu, isu yang kecil, isu yang remeh tak perlulah kita pertikaikan hingga menjadikan ia suatu isu yang besar... Wallahu'alam... selamat berhujung minggu...^_^