KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Saturday 28 April 2012

Perjuangan....................

aku mungkin bukan orang yang layak untuk bercakap tentang perjuangan tetapi bagi aku setiap antara kita perlu berjuang. perjuangan yang bagaimana itu terletak pada hati kita. diri kita. kita memang tidak boleh memaksa orang lain untuk berjuang tetapi jangan pula kita menjadi pematah semangat ataupun penghalang kepada perjuangan orang lain. Sungguh. aku amat mengharapkan perjuangan setiap umat Islam diredhai ALLAH dan dipermudahkan setiap urusan dan langkah mereka. tidak dinafikan ujian, dugaan, halangan hatta kecaman seolah-olah tidak pernah jemu untuk bertamu dalam setiap perjuangan. jika tidak mempunyai jiwa yang kuat untuk berjuang, maka akan mudah ia rapuh dan hancur tetapi Umat Islam yang kental semangat juangnya pasti takkan menyerah kalah walau apa jua yang perlu dihadapnya kerana mereka yakin dengan janji ALLAH... memang untuk ungkapkan hatta untuk singkapkan kebenaran itu adakalanya pahit dan perit perlu dilalui namun Waquljaalhaqqu wazahaqol baatila innal baatila kana zahuqo... buat semua yang berjuang dalam menegakkan yang haq, doaku sentiasa mengiringi kalian. semoga semangat dan jiwa kalian tak mudah luntur... Wallahu'alam...

Perjuangan

Album :
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

Thursday 26 April 2012

Filem....

Hafalan Solat DELISA...

satu filem yang mengisahkan anak kecil bernama Delisa yang pelu menghabiskan hafalan solatnya untuk berjaya dalam ujian amali solat...kisah ini difilemkan dan bertemakan Aceh sebelum dan selepas Tsunami... Subhanallah... mesej yang disampaikan dalam filem ini amat mengesankan terutamanya buat kedua puteriku sayang... aku jua terkesan dengan filem ini. betapa agungnya ALLAH dan betapa besarnya rahmat dan kasihsayang ALLAH... bagiku tidak rugi menonton filem ini terutamanya yang bergelar ibu bapa dan punya anak-anak kecil kerana filem ini mengandungi mesej tersurat dan tersirat...Wallahu'alam...

Wednesday 25 April 2012

Operation Gigi....

hari khamis (19.4.12), sebatang gigi geraham kiri selamat dicabut setelah menanggung kesakitan hampir 2 minggu... menangis tak sakit??? of cos la aku menangis tapi bukan menangis masa kena cabut gigi tetapi menangis pada petang rabu (18.4.12) ketika bercakap dengan abah. Ya! memang aku menangis semasa bercakap dengan abah sebab aku dah sakit sangat. entahla... walaupun dah jadi ibu tunggal kepada 2 orang anak perempuan, aku masih lagi rapat dengan ma abah dan sememangnya sejak kecil aku rapat dengan abah walaupun abah sibuk dengan kerjanya. mungkin kerana sehingga usiaku 10 tahun aku hanya mempunyai 5 orang adik lelaki, maka secara tak formalnya aku selaku anak kedua menjadi anak perempuan bongsu waktu itu kerana arwah kakakku anak sulung  dan setelah 10 tahun menjadi anak bongsu perempuan secara tak rasmi, ALLAH izinkan aku punya 2 adik perempuan. justeru itu, sehingga kini aku ada 7 orang adik semuanya...:) arwah kakak aku memang baik. tak macam aku yang lasak dan x reti duduk diam. ada je benda yang aku akan buat yang pastinya mengundang kemarahan ma...huhuhu... ye la... budak perempuan main masak-masak aku pergi menangguk ikan dalam longkang. budak perempuan main anak patung aku main monyet dan manusia atas pokok. budak perempuan main kawin-kawin aku main guli kat padang. macam-macam lagi la.. zaman kecik-kecik bawak basikal mesti lepas handle basikal. siap meniarap, berdiri n segala macam bagai la.... bila ingat-ingat kenakalan dan keaktifan masa kecik-kecik, memang tersenyum n istighfar banyak kali. ye la... Dr Fazilah Kamsah pernah cakap, if nak tau anak-anak kita macam mana, ingat semula kita semasa kecil sehingga usia 16 tahun...mak aih... memang haru la kan aku.. mujurlah anak-anak aku x selasak aku tapi yang 2nd tu ada potensi je lasak cam aku...huhuhu....

semalam, (24.4.12), aku telah selamat menjalani pembedahan gigi geraham bongsu. Alhamdulillah semuanya lancar. doktor dan pembantu doktor semuanya baik-baik n friendly. semasa doctor maklumkan kena operate, aku dah tersengih. doctor bagi penerangan kenapa mesti operate dan aku memang jenis yang followje apa yang dirasakan baik oleh doctor coz doctor lebih arif. teringat pesanan doctor " siti, ingat ALLAH je. jangan ingat doctor or benda lain. ingat ALLAH sepanjang operation ni. DIA je yang berhak"... Alhamdulillah proses pembedahan yang memakan masa sejam berjalan lancar. dalam hati memang tak putus selawat syifa' dan zikir taubat nabi yunus ketika dalam perut ikan nun... dan satu doa yang aku x tinggal " waiza maridtu fahuwa yashfin..." Alhamdulillah, setelah 15 minit operation selesai doktor panggil au masuk semula. doktorcakap "ok x siti?" aku jawab "ok doktor" dan memang aku x lekang tersenyum... doktor siap cakap " senyum dia tu yang mahal walaupun baru operate Alhamdulillah awak memang kuat semangat n tenang. doktor suka semangat macam ni..." bila keluar dari bilik doktor memang pesakit-pesakit yang menanti giliran bertanya "sakit x? " aku tersenyum sambil geleng kepala....

memang tidak aku nafikan sakit gigi memang sakit yang aku rasa x dapat aku bandingkan dengan sakit lain yang aku dah lalui. dan bila aku dah selesai operation, aku terfikir... Alhamdulillah ALLAH izinkan aku dapat rawatan di klinik swasta dan dapat family, kawan-kawan dan rakan sepejabat yang sangat-sangat supportive, concern n helpful...bagaimana agaknya orang-orang susah yang sakit gigi dan terpaksa bertahan kerana kesempitan hidup... MasyaALLAH... seandainya aku tidak bersyukur lagi dengan apa yang aku ada memang aku tak sedar diuntung....Ya ALLAH jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa mengharap padaMU dan bersyukur atas segala nikmatMU... Wallahu'alam...

Sunday 15 April 2012

aku jua punya perasaan:: AKU MALU SENDIRI ::

malam ini aku terpanggil untuk menulis lebih kepada soal hati. soal perasaan... jujur aku katakan melalui satu perpisahan yakni perceraian bukanlah satu perkara yang mudah bagi aku. walaupun ramai yang menyatakan aku seorang yang kuat semangat, seorang yang tabah, seorang yang cekal dan berbagai lagi, hakikatnya aku tetap seorang hamba ALLAH yang sangat-sangat kerdil. aku lemah pada hakikatnya tetapi DIA yang membantuku menjadi kuat. kuat untuk berdepan dengan ujian hidup ini. ramai yang menyatakan aku bertuah kerana lalui macam-macam pengalaman hidup tatkala usia masih muda. dalam hati "bertuahkah aku?"
pada saat permulaan bergelar ibu tunggal, aku masih lagi mengajar. menjadi guru sandaran untuk subjek elektif.  setibanya aku di sekolah tempat aku mengajar, beberapa guru senior menegurku. aku seperti biasa membalas teguran mereka. tetapi saat aku melangkah masuk bilik guru, seorang guru yang berpengalaman dan mendapat anugerah guru cemerlang menegurku dengan ayat yang cukup terhormat " oh! inilah janda muda yang baru bercerai semalam ye?" saat itu jika aku x cukup kuat mungkin dah jatuh semua buku laporan dan buku tulis anak2 muridku yang ada di tangan aku. mujurlah ALLAH izinkan aku tetap tenang dan rasional... aku sekadar tersenyum dan menganggukkan kepala...
masuk je dalam kelas selepas waktu rehat, subjek ketika itu adalah muzik. satu subjek yang buat aku melopong seketika pada saat diberikan jadual mengajar ketika hari pertama lapor diri.... oh ya! pada hari pertama lapor diri, aku dimaklumkan oleh GPK untuk mengajar 6 subjek. kebetulan GPK adalah jiranku dan beliau pun terangkan " angah, angah kena ajar subjek elektif. jadual angah ada kat sini. cuba angah tengok dulu" aku pun tengoklah jadual yang dihulurkan... mak aih! boleh tahan jugak sikit jadual aku nih..huhuhu.. subjek2 yang aku kena ajar ialah :
 1) Kajian Tempatan 
 2) Pendidikan Moral  
 3) Pendidikan Jasmani 
 4) Pendidikan Kesihatan
 5) Pendidikan Seni
 6) Muzik ...

Wah! macam best je saat dapat jadual tugasan dan subjek2 tu.... masa 1st day lapor diri tu aku pakai jubah n tudung labuh n masuk kelas pun just taaruf dulu. cumanya aku diarahkan mengajar darjah 1 hingga darjah 5. darjah 6 je aku x ajar coz mereka kan Upsr. so, memang cikgu ganti x mengajar mereka. sesi taaruf berjalan lancar hinggalah 2 masa terakhirku. aku ingat lagi. aku masuk ke kelas darjah 2 yang mana kelas ini dikategorikan sebagai kelas terakhir dalam ranking no untuk darjah 2. mula-mula aku masuk kelas, mereka macam terpaku seketika. agaknya mana ada cikgu muzik pakai jubah n tudung labuh kot...hehe... aku dapati rata2 murid2 dalam kelas tu adalah anak2 orang asli dan anak2 org susah. x tahu kenapa aku tertarik untuk lebih mengenali mereka. selesai taaruf, seorang murid datang kepadaku dan menyerahkan bulu ayam besi padaku. aku yang terkejut lantas bertanya " nak buat apa bagi saya bulu ayam ni?" dia menjawab " cikgu ambillah bulu ayam ni. kalau kami nakal dan x dengar cakap cikgu, cikgu pukullah kami.." tersentak aku dengan tutur katanya itu. kawan2nya yang lain mendiamkan diri. dalam hati aku apakah mereka sering ditakutkan dengan bulu ayam ini???? aku memang x puas hati. apa lagi aku pun berdiri di tengah kelas n bagitau mereka sesuatu..." pantang saya ialah pukul orang. anak2 saya pun saya x pukul inikan pula awak semua. saya x kan pukul anak2 murid saya TAPI ingat! sekali awak berkawan dengan saya, sekali saya berkawan dengan awak. TAPI sekali awak cari pasal dengan saya, 10 kali saya cari pasal dengan awak semua. jadi, awak semua baik dengan saya, saya baik dengan awak semua. awak semua jadi musuh saya, beribu kali saya jadi musuh awak semua. Faham?" "Faham cikgu..."
sejak hari itu aku mulakan pengajaranku tetapi aku hanya berpakaian formal hanya pada hari isnin sahaja dan semasa bulan Ramadhan kerana pada bulan Ramadhan tiada kelas Pj....aku berpakaian formal pada hari isnin kerana hari isnin ada perhimpunan rasmi. selasa hingga jumaat uniform aku adalah track suit + sport shoes kerana aku mengajar PJ bermula jam 7.45 hinggalah 10.45 pagi. pendek kata, bunyi je loceng pertama hinggalah loceng rehat aku mengajar pj. mula2 tu kelakar la juga. maklumla dah lama tinggalkan senaman. bila kena mengajar, secara x langsung aku kenala aktif semula. last2 dengan aku2 excited time pj...hehe... sebagai guru, aku dikehendaki menyiapkan ringkasan mengajar setiap hari dan hantar laporan mengajar mingguan. jenuh jugakla nak menulis. ye la... kalau stakat tulis ikut dan tu mungkin takpe lah. ini tidak. ada format n prosedurnya... mau x letih... time nak ajar muzik memang aku kena jadi orang yang kreatif ala2 penggubah lagu gitu. mana taknya. tajuk sayur-sayuran. objektif mendedahkan kepada murid2 jenis2 sayur. misi dan visi :- memastikan murid2 mengenal jenis2 sayur. memastikan murid2 tahu khasiat sayur. memastikan murid2 berjaya menghafal lirik dan menyanyi dengan baik... cari2 cd lagu dalam bilik muzik xde pun lagu pasal sayur. tanya pada cikgu senior merangkap guru muzikku ketika aku berusia 10 tahun, memang xde cd. "abis tu, saya nak buat camne cikgu?" jawab guruku itu "awak reka je siti. x susah pun"... aah kan. reka je.. tak susah pun.... rasa cam nak start motor balik tido je time tu tapi fikir anak2 murid yg menanti, aku pun berusaha jadi kreatif. Alhamdulillah, menjadi juga lagu sayur aku...hehe....yang penting liriknya mudah dan rentaknya juga menarik. memang fully aku reka n aku siap nyanyi dalam kelas dengan anak2 muridku...hehe...


panjang pulak mukaddimah aku...sekadar share pengalaman yang sedikit...:) tetapi aku memang tertarik dengan kata2 yang aku quote dari fb seorang juniorku...

:: AKU MALU SENDIRI ::

~
>> Kamu LELAKI SOLEH, DISANJUNG dan DIHORMATI RAMAI..memiliki iman yang INDAH tetapi aku SEORANG WANITA yang berduka, solehahku tidak pasti..masih cuba MEMPERBAIKI DIRI..jauh di sudut hati, aku ingin MEMILIKI seorang lelaki soleh yang HALAL buat diriku..

Aku MALU sendiri, sekarang aku dalam PERUBAHAN..mengenal Penciptaku, mengenal agamaku, mengenal tujuan hidupku..aku kini sedang BERUSAHA, tetapi aku hanya mampu MENGAGUMIMU dari jauh dan itu CARAKU..aku lebih PERCAYA, LELAKI SOLEH adalah UNTUK WANITA YANG SOLEHAH...

_________________________________________________________________
ya! bagi orang2 seperti aku yang bergelar janda or ibu tunggal, seringkali aku merasakan aku tidak layak untuk sesiapapun. kerana apa? kerana aku rasakan terlalu banyak kurangnya dalam diriku ini... mustahil jika dikatakan orang2 seperti aku tidak punya impian untuk membina sebuah rumahtangga yang bahagia. sebuah keluarga yang sakinah. sebuah kehidupan yang baik. tetapi kerana kehancuran yang pernah dilalui, maka ia membuatkan aku berfikir panjang. berfikir dan terus berfikir. ramai yang menyatakan sampai bila? nak tunggu apa lagi? x kan x boleh bagi peluang langsung? kenapa ego sangat? sedar tak yang ko tu angkuh? tau tak yang ko tu sombong sebab langsung x nak buka hati ko bagi peluang pada diri ko dan orang lain? dan macam-macam lagi...
memang aku sedar semua tu. sedar sgt2 apa yg diperkatakan tapi kalian tidak berada di tempat aku. kalian tidak lalui apa yang aku lalui. aku juga punya hati. aku juga punya perasaan. tatkala anak2 aku pulang dari taski, dari taman permainan, dari kenduri, dari shopping mall n etc, mereka pasti akan bercerita itu dan ini. dan bukan sekali dua mereka tanya "bila ibu nak kahwin lagi? nanti kalau ibu kahwin kita boleh duduk dengan ibu. dengan babah baru. nanti kita boleh dapat adik lelaki kan ibu?' kadang2 aku jawab pertanyaan mereka dengan senyuman. kadang2 dengan gurauan dan kadang2 dengan gelak tawaku...bukan aku x faham hati anak2 yang ingin lihat ibu mereka bahagia. yang ingin lihat ibu mereka jua punya seseorang yang digelar suami yang mana mereka juga boleh tumpang bermanja.
ya! aku jua punya harapan itu tetapi aku belum cukup kuat untuk buka hati aku untuk menerima. aku belum cukup kuat untuk betul-betul mengatakan YA! aku belum cukup kuat untuk buat satu keputusan yang berkaitan soal masa depan hati dan perasaan. aku memang tidak punya kekuatan itu. aku memang malu untuk menyatakan perasaanku kerana aku tidak tahu apakah penerimaanya nanti. justeru itu aku lebih senang dengan caraku luahkan segalanya dalam DOA. munajat dan mengadu padaNYA... aku rasa setakat ini itu sahaja yang mampu aku lakukan. mungkin aku kuat berdepan dengan ujian lain tetapi bila diuji untuk buka hati kepada seorang insan bergelar Lelaki, aku belum cukup kuat untuk buka pintu hatiku.
 Ya ALLAH, hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaMU.... dan apa yang aku perlu buat adalah berubah untuk jadi lebih baik dari semalam... ya! perubahan itu penting. jika aku mahukan yang soleh maka aku juga harus berusaha untuk jadi solehah. jika aku mahukan yang terjaga maka aku juga harus berusaha untuk menjaga. jika aku mahukan yang penyayang, maka aku juga harus berusaha untuk lebih menyayangi dan menghargai orang2 disekelilingku terutamanya anak-anakku, ibu ayahku, keluargaku, guru2ku, sahabat2ku dan seluruh umat Islam...dan jika aku mahukan itu dan ini, maka aku juga harus berubah begitu dan begini. Sesungguhnya ALLAH amat menyukai hambaNYA yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu....
justeru itu, jangan takut untuk berubah. jangan takut untuk tinggalkan kehidupan lama jika ia hanya menjanjikan kemanisan dunia. jangan malu berdoa dan mengharap pada ALLAH yang Maha Esa.... Yakinlah pada ketetapanNYA. jika "si dia" ada untuk diri kita Pasti ada jua nanti biiznillah.... 

How Lucky I Am Being A Mom...

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA ♥♥

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Saturday 14 April 2012

sekadar coretanku.....

mata agak sukar untuk lelap..mungkin kerana gusi yang berdenyut agak mengganggu konsentrasiku untuk tidur.... lalu aku meluangkan masa melayari facebook dan juga halaqah.net... entah mengapa malam ini banyak pulak link yang aku klik "share" di wall fb ku... apakah kerana aku bosan hingga tidak tahu apa nak buat??? sungguh Tidak jawapannya. aku klik share kerana aku rasa ada manfaat yang aku dapat dan aku patut panjangkan. mungkin aku x berdakwah secara terus tapi aku sering motivasikan diri Dakwah Bilhikmah... ubah karektor mengikut situasi dan kondisi jika hendak berdakwah bilhikmah. walaupun aku tidak memegang apa-apa ijazah dalam apa jua bidang, bagi aku cabang dakwah itu luas dan penyampaian isi kandungan dakwah itu bukan semestinya diukur dengan sekeping kertas yang dipanggil ijazah... menghadiri Kursus Muhasabah Diri Meningkatkan Prestasi pada 12.04.2012 memberikan aku banyak info dan pengetahuan baru dalam memajukan diri dan ibadahku.... Subhanallah... banyak juga aku tersasar dan terbabas dalam waktu bertugas... MasyaAllah... apakah terganti waktu-waktu yang tersasar dan terbabas itu??? mungkin ya mungkin juga tidak... justeru itu, keampunan dariNYA ku pohon kerana aku hambaNYA yang terlalu lemah yang memungkinkan aku gagal memenuhi piawaian waktu kerja yang dituntut. namun, aku bertekad untuk perbaiki kekuranganku... YA! aku mesti berubah. aku mesti lakukan perubahan. jika aku tidak berani bertindak, maka aku akan terus menjadi aku yang x maju-maju....

 (tiba-tiba mengantuk...so, to be continue...^_~ )

Monday 9 April 2012

:(

menulis dari hati itu adalah yang sepatutnya.. memang aku agak sedih sebenarnya pada saat aku mencoretkan kata-kata di sini.. sungguh aku rasa aku sangat-sangat hipokrit dengan diri aku sendiri... memang rasa nak menangis sangat-sangat tapi aku selalu cakap pada diri aku jangan menangis. nanti ko jadi lemah hani... sungguh aku rasa seperti aku lost for awhile. aku tak jahat. aku tak zalim. tapi aku dah kejam sangat-sangat. kejam kerana berkasar dengan hamba ALLAH yang lain.. berkasar bukanlah berkasar pada perbuatan tetapi aku telah berkasar dengan kata-kata. Ya! dengan kata-kata dalam SMS... kata-kata yang menghancurkan harapan yang telah lama disemai... Ya ALLAH... memang aku bersalah melukakan hati hambaMu itu tetapi aku terpaksa... kerana aku perlukan satu jawapan kepada persoalan. jika aku tidak meletakkan titik noktah maka aku akan berterusan lagha ... aku jua yang akan hanyut malah menyeret sama hambaMU itu hanyut... dan bukan itu yang aku mahukan... Ya ALLAH.... kuatkan hatiku.. aku tidak tahu sejauhmana perjalanan hidupku sebagai hambaMU di muka bumi ini tapi aku tidak mahu jadi hamba-hambaMU yang rugi malah dimurkai... aku tidak mahu.... dan bila down, aku akan dengar lagu ni dan ia sedikit sebanyak akan beri aku moral support untuk aku bangun semula....

Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Wednesday 4 April 2012

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya...

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu
digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum
daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang
yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya
baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh
orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu
mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah
mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang

yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu

berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak

bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan

Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa

memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik

Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."



Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan

wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."

Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di

samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.

Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan

mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan

berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu

untuk disimpan."



Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh

suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu

dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah

S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan

menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.



Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala

perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula

mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia

hendak memulakan sesuatu kerja.



Justeru itu, jangan terlalu mudah memperlekehkan kalimah ALLAH apatah lagi orang-orang yang beramal dan meyakininya kerana kuasa ALLAH mengatasi segalanya….

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah
S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa
sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah
mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya
bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan
masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap
sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor
babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan.
Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih
sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa
agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar,
Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal
dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku
bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang
sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai
Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang
sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat
kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang
soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka
pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti
babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan
urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam
kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di
sisi Allah.

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam
amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu
(muslimin).
· Bacalah Al-Qur'an
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan
dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan
akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang
takut kepada perangaimu
yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang
berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang
akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan
anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap
keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi
orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu
ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi
yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang
hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau
dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau
dikehendaki berbuat:-
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat
dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna
hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan
pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak
dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk
memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri
sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu
disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu.
Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya
disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan
mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu
terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali
berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu
keluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.
Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitutidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian
dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit
tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Tuesday 3 April 2012

corat coret di petang hari...

agak lama juga tidak mencoretkan sepatah dua kata di blogku ini.. kehabisan kata-kata tak mungkin kerana aku sentiasa ada yang terlintas yang nak dikongsikan cuma penterjemahan dalam bentuk tulisan itu mungkin agak membataskan aku... nak kata tak pandai menulis, rasanya hari-hari aku menulis...:) mungkin skill menulis tu yang aku tak ada kerana dah lama tak garapkan. maklumlah bila maksud matrik, masuk U, mana ada kena tulis karangan macam zaman sekolah dah. yang ada ialah assignment. tu pun banyak yang copy n paste. then olah sana sket sini sket, submit kat lecturer. janji siap n x lapse of time...hehe... 31.03.2012, adikku yang ke 5 selamat bergelar suami orang. Alhamdulillah semuanya ok walaupun adikku perlu mengulang sebanyak 4 kali lafaz akad nikahnya. mungkin ada yang merasakan ianya lucu tetapi bagi aku ada beberapa persoalan yang timbul...
1- apakah lafaz nikah berbeza bagi setiap daerah dan negeri dan mesti mengikut piawaian yang dinyatakan kadi?
2- apakah untuk menjawab lafaz nikah itu mesti dalam 1 nafas n disusuli dengan henjutan tangan semasa bersalam?
3- jika saksi mengatakan sudah disebut tetapi kadi menyatakan saya x dengar pun maka kadi pun kata x sah. so, apakah fungsi saksi itu tidak terpakai?

jika nak dihitung memang ada beberapa lagi persoalan dibenakku ini tapi biarkanlah. nanti aku cari jawapannya... hari ini aku tidak berkerja kerana kurang sihat. anak-anakku pun sama. kedua-duanya tidak ke taski sejak semalam kerana kami masing-masing cirit birit dan muntah-muntah. mungkin banyak makan or terlebih makan hingga terjadinya simptom salah makan....^_^ memang x larat sangat-sangat semalam semasa di ofis. memang lembik dah rasanya lepas muntah. tetapi datang seorang ofismate lelaki bertanyakan 1 soalan yang agak mencuit hati..." hani, percaya x if nanti hani boleh pregnant walaupun x buat apa2 dengan sapa2? contohnya hani selalu mimpi didatangi seseorang untuk bersama then 1 day hani disahkan pregnant. camner tuh?" aku tergelak jap bila ditanya begitu tetapi bila dia cakap " orang serius ni hani. macam mana kalau jadi gitu?" aku pun jawab dengan ringkas je " yang ALLAH izinkan mengandung tanpa suami tanpa disentuh hanyalah Maryam dan tiada lagi Maryam yang dinukilkan dalam Al-Quran wujud dalam dunia hari ini. tetapi mungkin boleh jadi seperti yang dicakapkan pregnant akibat didatangi seseorang melalui mimpi. kita kena ingat makhluk ALLAH ini banyak. ada yang kita nampak ada yang kita x nampak. justeru itu, yang datang melalui mimpi sehingga mengakibatkn mengadung, maka kita kena lihat samaada itu adalah angkara sihir atau hasil dari hubungan dengan makhluk ALLAH yang digelar jin...Wallahu'alam". ofismateku nampak berfikir lagi lalu aku katakan padanya " setiap sesuatu itu ketetapan ALLAH. jika ALLAH izinkan terjadinya begitu, maka kita kena terimanya dan sabar." namun aku tahu bukan mudah untuk berdepan dengan perkara sebegitu... moga aku, anak-anakku, keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku serta seluruh umat Islam sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH swt... ( stop dulu coz kepala dah pening. insyaALLAH ada kesempatan nanti aku menulis lagi...^_^ )