KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Saturday 2 February 2013

Anakku bersekolah...^_^

sekian lama tak menatap blog sendiri...ish, dah berhabuk dah blog ni...mujur tak ada sarang labah-labah je muncul kat blog ni...hehe.... Alhamdulillah, anak sulungku Siti Robihah Binti Mohd Fadzli telah selamat menjalani orientasi yakni sesi suaikenal bagi sesi persekolahan 2013... 28/12/12 aku bersiap-siap untuk sesi orientasi anak sulungku. setelah semuanya siap aku mengajak anakku untuk ke lobi kerana kami memang menggunakan scooter sebagai kenderaan kami... semasa anakku nak pakai kasut sekolahnya, aku pun bertanya " kakak, mana stokin?" jawab anakku " ibu dah lupa ke? kan ibu tak belikan kita stokin..." Ya ALLAH.... pelupanya aku... bahasa mudahnya aku ni kalut orangnya...huhu... aku pun menjawab " takpe takpe. hari ni kakak tak yah pakai stokin dulu. nanti dah selesai daftar kakak, kita beli stokin ye...:)" anakku mengangguk je. maklumlah baru 1st time nak ke sekolah so dia tak lah banyak songeh sangat tapi bila tiba dekat motor dia ada songehnya...huhuhu... "kakak, naiklah cepat. nanti kita lambat sampai sekolah kakak." "ibu, hahah tak nak naik motor ni. kain terselak nampak betis. kan aurat tu... ibu, jomlah kita jalan kaki"... MasyaALLAH dia dah mula dah.... anak sulungku sangat particular dengan pakaiannya dan memang dia concern sangat about aurat walalupun dia baru nak masuk 7 tahun. aku pun jawablah "takpelah. kakak kecik lagi. itu belum dikira aurat. kakak x berdosa pun. cepatlah kakak naik. kakak angkat baju pastu bila dah naik kakak baiki kain kakak. x la nampak betis tu...." anakku masih lagi bertegas x nak naik. last2 aku cakap " tak payah pergi sekolah lah macam ni"... adikku yang turut ada untuk menghantar kami ke lobi menegurku. "apalah ko ni angah. adalak cakap camtu kat dia... dia kan memang sensitif bab pakaian. salah ko jugak x belikan dia stokin"... last2 adikku berjaya meletakkan anakku ke atas motor tanpa kainnya terselak sangat....

setibanya di sekolah ramai ibu bapa yang mendaftar anak masing-masing. aku menghantar anakku ke kelas yang telah ditetapkan kerana mereka ada ujian kelayakan untuk penentuan kelas manakala ibubapa dikehendaki mendengar taklimat dan urusan pendaftaran... semasa sesi taklimat ada sepasang suami isteri bersama anak mereka duduk berdekatan aku. " hantar adik daftar sekolah ke?" Adik???? "x la kak. saya daftar anak sulung saya. dia darjah 1" "oh, yeke? maaflah. akak ingat tadi hantar adik. nampak macam budak u je.. anak berapa orang? datang dengan suami skali ke?" wah! soalan memang cepu gangsa sungguh...hehe... "anak 2 orang kak. saya datang dengan anak sulung je. saya dah bercerai kak. tapi bekas suami saya ada datang dengan family dia. ada dekat kelas sana..." " maaflah akak tanya tadi. tak sangka pula muda-muda dah jadi janda.. maaflah ye dik. takpelah. jodoh lain datang nanti..." dan aku sengih je la... lagi aku jawab nanti lagi panjang lak akak tu tanya kang.,...huhuhu

selesai taklimat ibu bapa diminta membeli peralatan sekolah dan t-shirt sukan untuk anak masing2. oleh kerana anak aku bersama babahnya maka aku uruskan segala pembelian terlebih dahulu. selesai semuanya barulah aku nampak anak aku. dia pun datang kat aku dan berkata "ibu, babah tanya apa yang kena beli?" " cakap kat babah ibu dah beli dah..." dia pun berlari pergi pada babahnya dan seketika dia datang lagi. "ibu, babah tanya yang dalam senarai ni ibu dah beli ke? babah tanya boleh ke nak belikan kita kamus besta ni?" "kakak bagi kat babah list ni. ni list n resit ibu. suruh babah tengok tapi ibu nak semula list dgn resit ni. if babah nak beli kamus tu untuk kakak, belilah. " dan anakku pun berlalu semula ke arah babahnya.... macam kelakar pun ada sebab anak aku kena jadi jurucakap antara aku dengan babahnya. bukan aku tak boleh berkomunikasi secara direct dengan bekas suamiku tapi aku rasa lebih baik aku elakkan. lagipun aku tak nak timbul apa2 rasa pada wifenya yang sedang sarat mengandung. aku faham perasaan seorang wanita yang  sedang mengandung....biarlah....yang penting pada hari orientasi anak aku, ibu dia ada. babah n uminya juga ada.... so, aku taklah buat anak aku jauh dari babahnya....

sedang aku menunggu anakku selesai urusan dengan babahnya, ada seorang wanita duduk di sisiku. "daftar anak juga ke dik?" "aah. akak?" ish, akak apanya. dah layak panggil makcik dah...." "hehe...xpela kak. at least nampak muda sket panggil akak...:)" "akak daftar anak bongsu. anak yang ke 5. adik ni mesti kahwin muda kan. umur berapa sekarang? anak sorang je ke?" " taklah kak. saya dah tua dah. dah 30 dah. anak 2 orang kak. hari ni daftar anak sulung saya. anak 2nd baru 5 tahun." "oh, gitu. tula tadi akak dok ingat belajar lagi tapi bila tengok ada budak pakai baju sekolah dekat adik tadi, dalam hati mesti kahwin muda ni. anak dah besar dah...." "aah kak. saya kahwin umur 22... muda tu la tapi x la berusia...hehe..." dan aku pun berborak dengan akak tu sehinggalah urusan anakku selesai.... dah selesai start scooter balik rumah dan kali ni anak aku dah tak bising tentang kain terselak...mungkin hepi sebab nak sekolah...hehe...

dalam hati, aku ni tak nampak macam mak orang ke???? huhuhu....