KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Tuesday 6 March 2012

sekadar coretan.....

10 hari bersama anak-anak ketika mereka sakit memberikan kesan yang mendalam kepada aku. Kedua-dua mereka perlukan perhatian daripada ibu mereka. Sungguh aku langsung x kesal walaupun terpaksa berjaga malam tatkala badan mereka panas dan perlu mengelapnya untuk menurunkn suhu mereka. Walaupun terpaksa mengelap dan bersihkan baju, bantal dan tilam bila mereka batuk hingga muntah dan sebagainya. Sebagai ibu, sudah tentu aku memang nak sangat menguruskan segala  keperluan mereka dengan tangan aku sendiri tapi apakan daya aku terpaksa “transfer” tanggungjawab itu kepada ma abah aku untuk seketika  kerana tuntutan tugas yang memerlukan aku berjauhan dari anak-anak aku. Ya. Untuk mencari rezeki yang Halal serta untuk membesarkan kedua-dua anakku yang amat aku sayangi… Tidak aku nafikan aku “JELES” dan “CEMBURU” pada ibu-ibu yang dapat menjadi IBU SEPENUH MASA kepada anak-anak. Ya ALLAH…. Beruntungnya wanita-wanita itu kerana dapat mengasuh, mendidik, membelai, menjaga dan segalanya tentang anak-anak mereka… Sesungguhnya melihat anak-anak membesar di depan mata adalah moment yang tidak mungkin dapat diputar kembali mahupun dibeli… ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM…………. Berkatilah dan Rahmatilah seluruh Umat Islam dan KAU tempatkanlah semua wanita yang bergelar IBU di tempat yang terbaik di sisiMU…. Amin….

No comments:

Post a Comment