KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Sunday 11 March 2012

GILIRAN....:)

dalam kehidupan harian kita, sistem giliran sudah tidak asing lagi. boleh dikatakan hampir semua tempat menggunakan sistem giliran dan sistem nombor. semuanya dipraktikkan untuk memudahkan lagi urusan-urusan yang sedia ada. justeru itu, sistem giliran balik kampung juga diamalkan dalam keluargaku. abah menggunakan sistem giliran ini apabila tiba musim raya. ini kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang besar dan kedua ibubapaku bukanlah dari negeri yang sama. abah berasal dari Chenderong balai, Perak manakala ma berasal dari Bukit Kecil, Kuala Terengganu. maka di sini, berlaku pertembungan diantara utara dan timur...:) setiap tahun kami akn bergilir untuk balik beraya di kampung kerana jarak setiap kampungku memang jauh memandangkan kami menetap di kuala rompin, pahang. keluarga di sebelah perak majoritinya jawa. so, kemeriahan raya slalunya terletak pada konsep "baraan" yang telah lama diamalkan. manakala di sebelah terengganu pula, kemeriahan raya itu terletak apabila kunjungan sanak saudara datang secara serentak sehingga memenuhi segenap ruang rumah atokku...:) aku memang bertuah kerana percampuran adat dan budaya banyak mengajarku cara untuk berkomunikasi walaupun aku tak reti berbahasa jawa sebagaimana sanak saudaraku di perak dan aku juga x reti bahasa india kerana sanak saudaraku di terengganu ada yang pandai berbahasa india memandangkan kami adalah keluarga campuran... sebut tentang campuran, memang ramai yang bertanya adakah aku punya apa2 darah campuran coz muka kami 9 beradik memang x sama....hehe... yup! sebelah abah aku, arwah embah lanangku (datuk lelaki) berketurunan jawa+cina manakala sebelah embah wedokku (nenek perempuan) berketurunan jawa+arab. sebelah ma aku, datukku berketurunan melayu+siam manakala nenekku berketurunan india+melayu.. seorang kawanku pernah berkata "wah! family 1 asia dah ni...:)" tergelak jap aku...... ^_^ so, tahun ni giliran beraya adalah di Perak. anak-anakku memang hepi coz dua pupu mereka sgt ramai n sudah pasti kemeriahan itu akan dirasai nt....insyaAllah.....

2 comments:

  1. Cenderung balai? Dulu sekolah mana? Sri Perak,convent, horley? Sekampung rupanya kita ... :)

    ReplyDelete
  2. aah. abah sy org chenderong balai. tali air 6... abah sekolah sultan abdullah n sri perak dl. sy lahir n membesar di pahang. ha! raya ni jemputlah beraya ke kg awok ni ye...:)

    ReplyDelete