KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Thursday 15 March 2012

bila ingin menulis........

menulis biarlah dari hati... itu pesanan seorang sahabatku. kerana penulisan yg tidak datang dari hati ia akan jadi lesu. seolah-olah penulisan itu tak berjiwa. entahlah... aku bukanlah penulis seperti mereka-mereka yang hebat di luar sana. aku sekadar mengikuti perkembangan dunia penulisan sekadar mampuku. memang menulis mampu rungkaikan banyak isi hati kita tanpa kita sedar tetapi sejauhmana pemahaman orang akan sama dengan apa yang kita tuliskan, itu memang tidak dapat kita pastikan. memang ada pepatah menyatakan mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. boleh jadi juga kerana sejarah telah membuktikan penulisan mampu membangkitkan semangat juang. mampu membangunkan yang tidur. mampu menggerakkan yang lesu. mampu memotivasikan yang tenggelam malah mampu menyedarkan yang tersasar. Subhanallah... besarnya peranan penulisan itu dan, dunia hari ini juga tidak sunyi daripada penulisan-penulisan terkini yang mempunyai gayanya tersendiri. pernah aku diminta oleh seorang sahabat semasa matrikulasi uia agar menulis semula kerana dia pernah membaca nukilan2 yg telah aku nukilkan dalam sebuah buku tulis yg dah agak lusuh. aku hanya tergelak mendengar cadangannya. bukan memperlekehkan tetapi aku tau aku x mampu utk menjadi penulis yg baik kerana aku bukan org yg berbakat apatah lagi berjiwa dalam penulisan. dan, buku itu pun dah hilang tatkala sibuk mengemas utk pulang bercuti setelah tamat pengajian di matrikulasi uiam.... maka, tamatlah juga segala nukilan yang pernah aku buat suatu masa dahulu....:)

No comments:

Post a Comment