KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Friday 9 March 2012

Apa ertinya???

Ramai yang bertanya padaku apa maksud ROBHUNHAYATI. Kenapa aku selalu gunakan ROBHUNHAYATI utk banyak perkara especially bila nak setting username either utk pc kerja, laptop sendiri, blog n etc… Jawapannya :
ROBHUNHAYATI dalah gabungan nama anak sulung dan keduaku. Anak sulungku bernama Siti Robihah. Kata dasarnya Robhun yang bermaksud untung / keuntungan. Malah dalam 1 ayat Quran juga ada menyebut “fama robihattijaratuhum……..”. manakala anak keduaku bernama Siti Ruqayyah Hayati. Lalu aku ambil nama belakangnya yakni Hayati yang bermaksud hidupku / kehidupanku. Lalu, aku gabung jalinkan nama anak2ku ini sehingga membentuk ROBHUNHAYATI yang bermaksud keuntungan hidupku. Apakah keuntungannya??? Terlalu banyak sebenarnya kerana keuntungan yang aku maksudkan bukanlah keuntungan lahiriah  or keuntungan duniawi yang berbentuk kekayaan, harta benda or pangkat. Ini kerana keuntungan begitu hanyalah keuntungan yg bersifat sementara dan tidak kekal. Justeru itu, untuk aku huraikan “keuntungan” itu dengan terlalu mendalam, mungkin belum masanya kerana masih terlalu jauh perjalananku. Masih terlalu banyak yang sedang, perlu dan akan aku tempuhi. namun aku bersyukur kerana aku adalah orang2 yang beruntung sebenarnya kerana dikurniakan ALLAH swt banyak perkara yang adakalanya aku rasakan ianya ujian dan kepahitan tetapi aku telah tersalah. Rupa-rupanya ia adalah rahmat, kemanisan dan kasihsayang ALLAH buatku… Subhanallah… nyaris2 aku terkeliru dalam membuat penilaian sedangkan aku menyatakan seluruh pergantungan hidupku hanyalah padaMU….Ya ALLAH… aku amat merinduiMU…amat menyayangiMU… amat  mencintaiMU… Moga aku diizinkan menjadi hambaMU yang solehah… Yang mampu menjalankan amanah dan tanggungjawabku dengan sebaik mungkin tanpa meragukan setiap ketetapanMU…. “ Qul Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati Lillahirabbil’alamin….”  Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim…Jadikanlah kehidupanku  satu kehidupan yang beruntung di dunia hingga akhirat….amin…

No comments:

Post a Comment