KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Wednesday, 20 June 2012

.......

jam sudah menunjukkan pukul 12:49 am... kereta-kereta masih bertali arus di atas jalan. ofismateku sudah terlena di ruang tamuku ini kerana esok pagi dia akan berkursus di Putrajaya.... dan aku masih terkebil-kebil... assignment belum ditaip. main point dan huraian dah ada dalam kepala cuma tak tahu mana nak mulakan sedangkan esok adalah due datenya. bila ditanya rakan sekelas "tak rasa gerun ke x siap lagi? kami ni dah tak tau nak camne". dengan tenang aku menjawab "setakat ni xde pun rasa gerun tu. yang ada hanyalah berlagak rilek padahal memikir sebenarnya....hehe"... dah ngantok pulak. tido jap la....:)

Friday, 1 June 2012

:)

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit segala keresahan, kekusutan dan yang paling penting kemalasan berlalu pergi... sedang merencana untuk menyiapkan tugasan-tugasan penting yang sepatutnya disiapkan kerana sumenya ada "tarikh luput.." insyaAllah nak siapkan dan nak siapkan juga...:)

Tuesday, 29 May 2012

:(

mendengar tangisan anak buatkan aku terpempan seketika ketika dalam perjalanan menuju ke ofis. kebiasaannya si adik yang akan kol sambil menangis tetapi pagi ini si kakak yang menangis. aku yang tak berapa jelas suara siapa mendengar pertanyaan si kecil " ibu, ibu kat mana ni?" " ibu dalam van shuttle. ibu nak gi ofis. kenapa ni?" selepas itu aku hanya mendengar tangisan anakku... lantas adikku mengambil telefon dan bercakap denganku. " angah, robihah yang kol ko tadi. ruqayyah kat hospital sekarang dengan ma. dia lelah. robihah susah hati. dia menangis sebab takut adik dia ada apa-apa. ko kol ma if nak tau pasal ruqayyah. abah dah otw ke sana sebab ma minta abah amik baju sejuk dengan towel utk ruqayyah.".... sampai je di ofis aku terus kol ma. sekarang tengah tunggu doktor. bila kol robihah dia dah tak nak bercakap. so, just buat loud speaker then bagi dia dengar suara ibunya. aku sedaya mungkin untuk kuatkan hati. memujuk anak sulungku dan dalam masa yang sama risau tentang anak keduaku. jika kuala rompin dengan KL ni dekat macam jalan duta ke masjid jamek, memang takde masalah... Ya ALLAH, siri ujian bertamu lagi dalam kehidupanku. aku tahu dan aku yakin Engkau tidak akan menguji hambaMU melebihi kemampuannya..................

Tuesday, 22 May 2012

Perkenalan.....

Mengenali seseorang bukan bererti kita akan benar-benar memahami kerana proses taaruf datang terlebih dahulu sebelum tafahum. Tetapi ramai yang beranggapan mereka dah memahami kerana mengenali. Hakikatnya tidak. Kita mungkin kenal orang itu tapi kita belum tentu memahami orang itu. Kerana proses berkenalan dan memahami memerlukan masa. Memerlukan usaha. Memerlukan cara. Bukan hanya dengan memandang bererti kita telah berjaya "scan" orang itu then print out the result...^_~

Ada orang melalui macam-macam pengalaman dalam mengenali dan memahami seseorang. Itu baru seseorang. Bayangkan jika berorang-orang... Tak mungkin kita mampu buat dalam masa 1 hari but mungkin juga ada yang mampu sebab energy yakni tahap keupayaan manusia berbeza-beza. Kerana itu ada yang mampu berkawan lebih dari seribu tapi ada juga yang hanya mampu berkawan tak lebih dari seribu.

Pokok pangkalnya, dalam kehidupan ini perkenalan akan bermula apabila kita memulakan atau orang lain memulakan. Jangan mengharapkan perkenalan itu bermula dengan sendirinya kerana ia tetap memerlukan usaha untuk develop perkenalan itu. Tanpa usaha perkenalan akan berputih mata jua... Justeru itu, tak salah memulakan perkenalan. Tak salah meriahkan perkenalan. Tak salah mantapkan perkenalan. TETAPI ia akan jadi salah bila perkenalan dibuat sekadar untuk mempermainkan. Perkenalan dibuat sekadar untuk menyakitkan. Perkenalan dibuat sekadar untuk melampiaskan nafsu dan dendam.

Last but not least, jadikan perkenalan sebagai platform untuk pembinaan ukhwah yang indah. Ukhwah yang berpanjangan. Ukhwah yang membahagiakan. " sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara...." Wallahu'alam... Ilal liqo'...

Thursday, 17 May 2012

UJIAN.....

Pujian meletup tanpa pembuka,
Merana Badang kerana terasa,
Ujian hidup bukan dijangka,
Kerana datang tak tentu masa…

Ujian hidup ini datang dalam pelbagai bentuk. Datang tak kira masa. Datang tak kira tempat duduknya kita. Justeru itu, bersedia atau tidak kita tetap kena hadap ujian itu. Tetap kena berdepan dengan ujian itu. Tetap kena lepasi ujian itu. Cakap memang senang tapi bagaimana? Apa caranya? Jawapan untuk semua itu sebenarnya terletak pada hati kita. Pada diri kita. Bukan pada orang lain. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita diuji jangan mengeluh kerana beratnya ujian tapi motivasikan diri betapa untungnya diri kerana diuji… sebab ujian akan mengajar kita banyak erti terutamanya erti kehidupan… Wallahu’alam…..

Saturday, 28 April 2012

Perjuangan....................

aku mungkin bukan orang yang layak untuk bercakap tentang perjuangan tetapi bagi aku setiap antara kita perlu berjuang. perjuangan yang bagaimana itu terletak pada hati kita. diri kita. kita memang tidak boleh memaksa orang lain untuk berjuang tetapi jangan pula kita menjadi pematah semangat ataupun penghalang kepada perjuangan orang lain. Sungguh. aku amat mengharapkan perjuangan setiap umat Islam diredhai ALLAH dan dipermudahkan setiap urusan dan langkah mereka. tidak dinafikan ujian, dugaan, halangan hatta kecaman seolah-olah tidak pernah jemu untuk bertamu dalam setiap perjuangan. jika tidak mempunyai jiwa yang kuat untuk berjuang, maka akan mudah ia rapuh dan hancur tetapi Umat Islam yang kental semangat juangnya pasti takkan menyerah kalah walau apa jua yang perlu dihadapnya kerana mereka yakin dengan janji ALLAH... memang untuk ungkapkan hatta untuk singkapkan kebenaran itu adakalanya pahit dan perit perlu dilalui namun Waquljaalhaqqu wazahaqol baatila innal baatila kana zahuqo... buat semua yang berjuang dalam menegakkan yang haq, doaku sentiasa mengiringi kalian. semoga semangat dan jiwa kalian tak mudah luntur... Wallahu'alam...

Perjuangan

Album :
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

Thursday, 26 April 2012

Filem....

Hafalan Solat DELISA...

satu filem yang mengisahkan anak kecil bernama Delisa yang pelu menghabiskan hafalan solatnya untuk berjaya dalam ujian amali solat...kisah ini difilemkan dan bertemakan Aceh sebelum dan selepas Tsunami... Subhanallah... mesej yang disampaikan dalam filem ini amat mengesankan terutamanya buat kedua puteriku sayang... aku jua terkesan dengan filem ini. betapa agungnya ALLAH dan betapa besarnya rahmat dan kasihsayang ALLAH... bagiku tidak rugi menonton filem ini terutamanya yang bergelar ibu bapa dan punya anak-anak kecil kerana filem ini mengandungi mesej tersurat dan tersirat...Wallahu'alam...