KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Tuesday 22 May 2012

Perkenalan.....

Mengenali seseorang bukan bererti kita akan benar-benar memahami kerana proses taaruf datang terlebih dahulu sebelum tafahum. Tetapi ramai yang beranggapan mereka dah memahami kerana mengenali. Hakikatnya tidak. Kita mungkin kenal orang itu tapi kita belum tentu memahami orang itu. Kerana proses berkenalan dan memahami memerlukan masa. Memerlukan usaha. Memerlukan cara. Bukan hanya dengan memandang bererti kita telah berjaya "scan" orang itu then print out the result...^_~

Ada orang melalui macam-macam pengalaman dalam mengenali dan memahami seseorang. Itu baru seseorang. Bayangkan jika berorang-orang... Tak mungkin kita mampu buat dalam masa 1 hari but mungkin juga ada yang mampu sebab energy yakni tahap keupayaan manusia berbeza-beza. Kerana itu ada yang mampu berkawan lebih dari seribu tapi ada juga yang hanya mampu berkawan tak lebih dari seribu.

Pokok pangkalnya, dalam kehidupan ini perkenalan akan bermula apabila kita memulakan atau orang lain memulakan. Jangan mengharapkan perkenalan itu bermula dengan sendirinya kerana ia tetap memerlukan usaha untuk develop perkenalan itu. Tanpa usaha perkenalan akan berputih mata jua... Justeru itu, tak salah memulakan perkenalan. Tak salah meriahkan perkenalan. Tak salah mantapkan perkenalan. TETAPI ia akan jadi salah bila perkenalan dibuat sekadar untuk mempermainkan. Perkenalan dibuat sekadar untuk menyakitkan. Perkenalan dibuat sekadar untuk melampiaskan nafsu dan dendam.

Last but not least, jadikan perkenalan sebagai platform untuk pembinaan ukhwah yang indah. Ukhwah yang berpanjangan. Ukhwah yang membahagiakan. " sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara...." Wallahu'alam... Ilal liqo'...

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Mmg benar bahawa proses perkenalan perlukan sesi taaruf, MoU dan tafahum. Dlm Islam pun mmg digalakkan seperti dlm Surah AlHujurat:13 يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ‌ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَ‌فُوا ۚ إِنَّ أَكْرَ‌مَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
    Perkenalan adalah berasaskan ketaqwaan bukanlah sekadar suka2 saja. Begitu juga dlm Surah AnNisa`:1 وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْ‌حَامَ ۚ Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat;
    Perkataan yang paling penting disini adalah hubungan yang bersangat dgn nama Allah SWT. Lebih jelas lagi kemanusiaan atas dasar kerana Allah SWT dan bukan krn simpati, keturunan, `apalah salahnya... dsb.. Disinilah ramai mrk yang kecundang krn manusia ini ramai yang retorik menggunakan nama Allah SWT. Disinilah Allah SWT menyuruh kita berhati2 spt dl Surah AliImran:118. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam tajnur...
      syukran untuk perkongsian...:)

      Delete