KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Thursday 16 February 2012

Apa Nak Tulis????

Lately, keinginan untuk menulis semakin bercambah dalam diri ini namun seringkali terfikir "apa yang aku nak tulis sebenarnya?" teringat zaman persekolahan dulu-dulu yakni ketika masih di sekolah rendah. zaman persekolahan yang menyimpan banyak suka duka, menyimpan banyak memori malah zaman persekolahan juga memperkenalkan subjek penulisan...:) memanglah pada zaman kanak-kanak penulisan itu satu perkara yang rasanya sangat susah nak dibuat apatah lagi nak disiapkan. yelah. nak fikir ayat lagi. nak fikir tatabahasa lagi. nak fikir mengarang ayat lagi dan paling penting bertepatan dengan tajuk ataupun terkeluar daripada tajuk ke tak karangan kita tu.....

masa zaman sekolah rendah dulu2, karangan paling femes ialah "Aku Sepasang Kasut". "Aku sebuah beg". "Aku sebatang pen" dan banyak lagi...walaupun tajuk karangan tu nampak macam mudah, macam boleh buat tergelak je tapi belum tentu kita mampu buat karangan yang baik menggunakan tajuk yang mudah tu kerana penjiwaan dalam penulisan itu yang penting dan inilah yang susah nak dibuat sebenarnya... dan kerana itu berlakunya karangan terkeluar daripada tajuk malah langsung x menepati tajuk... justeru itu, aku takkan putus asa untuk mulakan semula penulisan dan karangan yang dah sekian lama ditinggalkan.... insyaALLAH...:)

No comments:

Post a Comment