KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Tuesday 14 February 2012

HARI KEKASIH???

usai solat maghrib, aku teruskan dengan kebiasaan yg menjadi amalan sedari kecil yakni membaca Al-Quran. sejak kecil abah begitu tegas tentang kewajipan menunaikan solat 5 waktu dan membaca Al-Quran. abah pernah ditanya oleh adikku anas masa kami masih riang ria kanak-kanak...:)
 " abah, nape setiap hari abah tanya dah solat? dah mengaji? abah tanyalah soalan lain pulak. dah makan ke? dah mandi ke? dah gi sekolah ke? " mudah dan ringkas je jawapan abah " solat itu berwaktu. waktu yg telah ditetapkan oleh ALLAH. tidak dapat tidak wajib ditunaikan dlm waktunya. ko x solat asar ko x boleh bawak solat tu dlm waktu maghrib. tapi kalau ko x makan pagi, ko blh bawak ke tengahhari. x mkn tengahhari ko blh bwk ke petang n begitulah seterusnya. abah tanya soalan tu sebab itu kewajipan abah sebagai ayah sebab di akhirat nanti abah akan disoal. " Dan itulah yg cuba aku terapkan pada 2 org puteriku sayang agar mereka menyedari dan memahami kewajipan tentang Solat dan Al-Quran sedari kecil walaupun kami berjauhan... insyaAllah...

Kebiasaan akan menjadi amalan.... Sambutan akan menjadi perayaan.. Lalu, berita di Tv9 mlm ini menunjukkan laporan tentang Hari Kekasih atau lebih dikenali sbg Valentine's Day yg kebiasaannya disambut setiap tahun pada 14 february dan tarikh itu jatuhnya pada hari ini... Tinjauan Tv9 menunjukkan bahawa tiada sambutan besar-besaran diadakan seperti sebelumnya kerana Valentine's Day telah difatwakan HARAM sejak tahun 2005 lagi. Ini bermakna sudah 7 tahun fatwa pengharamannya dikuatkuasakan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sambutan Hari Kekasih ini bercanggah dengan ajaran Islam malah tidak pernah ada perayaan yg lebih besar dlm Islam melainkan 2 perayaan yg telah wujud dlm Islam yakni Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha...

Justeru itu, apakah hari kekasih itu perlu diperingati lagi setelah Fatwa menyatakan ia HARAM. Apakah tidak moden jika menolak sambutan ini? Apakah hanya pada hari kekasih sahaja kasihsayang itu perlu dipamerkan? perlu dizahirkan? perlu diluahkan? dan persoalannya siapakah yang layak digelar Kekasih? muhasabah diri tanyalah hati..... ilal liqo'..


No comments:

Post a Comment