KALIMAH INDAH SELAMANYA...

KALIMAH INDAH SELAMANYA...

Sunday 22 July 2012

Baraan di hari raya....^_^


tahun ini insyaAllah tiada aral kami sekeluarga akan beraya di kampung abah yang terletak di Tali Air 6, Chenderong Balai, Perak. satu aktiviti yang amat disukai oleh adik2 lelaki aku bila balik beraya di Perak ialah join Baraan. aku pun tak tahu the exact meaning of Baraan walaupun aku mix jawa sebab abah never speak jawa with us...hehe... baraan biasanya akan bermula selesai sahaja solat sunat aidilfitri. rombongan baraan akan start berjalan dari masjid or surau. dan mereka akan beraya hampir satu kampung. ada yang berjalan kaki, ada yang naik motor dan ada juga yang berkereta. walau apapun kenderaan yang mereka gunakan, mereka datang secara berkumpulan. dan memang riuh rendah rumah di pagi raya apabila dikunjungi baraan. mereka akan terus beraya dan berziarah dan berhenti time solat. kemudian sambung lagi hinggalah ke petang. memang raya pertama di Perak, kami yang perempuan biasanya dok rumah n terima tetamu. raya ke 2 baru start beraya...:) so, bagi aku baraan ni bagus especially dalam mengeratkan silaturrahim dan konsep ziarah dari rumah ke rumah memang membawa berkat. dan kanak2 adalah yang paling gembira apabila dapat join baraan ini sebab selain dapat makan dapat juga duit raya...^_^ and this year i have to prepare at least 50 sampul duit raya untuk kanak2 yang join baraan coz masa tahun 2010, 46 sampul abis untuk kanak2 yang join baraan. tu pun ada yang aku dan adik2 terlepas pandang....sorry ye...













2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Seghonok betoi kome disane ye! Ate kalo mix jawa sekalipun, ghase2nye paham apa yang teman tulih ni yak? Chenderong Balei baik kat mana sekalipun, gitu le sepatutnya bersogheh (bertandang) sesama kita menghidupkan ukhwah sesama Islam. Kalo dedulunya sebelah kami diKole Kangsor, meriah dgn panjut tapi le ni kurang kot sebab teknologi mementingkan diri. Ate kalo idok kita yang mulakan hari ni bersogheh, berghapih-mesra dsb bile lagi ye dak?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt Tajnur...

    wah! atenye pekat kome guna loghat perak.... awok kat sini idokle sepekat kome bahasa peraknye...hehe... almaklumlah awok ni campur perak+terengganu = Pahang... ^_^

    baraan, bersogheh n etc, apapun panggilannya, silaturrahim tu penting. ziarah menziarah tu mengeratkan lagi silaturrahim... so, kita yang digelar Generasi Y ni kena teruskan tradisi ni. kalo idok, memang berkubur la tradisi ni...

    ReplyDelete